Coretan yang tertulis hanyalah sekadar tanda ingatanku buat ayah yang tidak berpenghujung, jauh sekali sebagai suatu bodekan. Aku kira ayah punya pandangan telus untuk melihat ketulusan dibalik patah kata coretan aku.
Saturday, June 21, 2008
Wira si anak kecil
Coretan yang tertulis hanyalah sekadar tanda ingatanku buat ayah yang tidak berpenghujung, jauh sekali sebagai suatu bodekan. Aku kira ayah punya pandangan telus untuk melihat ketulusan dibalik patah kata coretan aku.
Thursday, June 12, 2008
Hamparan sejuta penghargaan
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 27 buat ayah dan ibu. Semoga hubungan kalian berdua kekal bahagia menuju ke akhir hayat. Belum lagi terlambat rasanya untukku mengucapkan sekali lagi ucapan setinggi tahniah kepada kalian berdua. Harapanku agar kalian senantiasa sihat hendaknya serta berada dibawah payungan Tuhan. Sekuntum senyuman aku utuskan kepada kalian berdua diatas kesabaran kalian melayan karenah aku yang kurang sedikit imbangan kepalanya ini. Jika tidak kerna kalian aku tiada bernafas dibumi Tuhan. Masakan aku bisa wujud dibumi Tuhan jika tidak menerusi kesakitan dan keperitan ibu menggendongku selama 9 bulan. Aku sedar akan hakikat ini, tiadalah sesiapa yang berkorban nyawa melainkan si ibu seorang. Sekali lagi aku utuskan rasa tahniah kepada kalian berdua. Sesungguhnya bulan ini memberi seribu satu erti yang tersendiri buatku. Tiada kalungan emas, tiada wang berjuta buat kalian berdua, yang ada hanyalah kasih sayang serta kecintaan yang kekal abadi. Tidak mungkin aku bisa membalas terhadap apa jua budi yang kalian pertaruhkan untukku selama ini. Nilai kasih sayang kalian tidak mungkinkan terbalas andai segunung emas aku longgokkan dan tidak mungkinkan terbalas jua andai selautan permata aku teroka. Kerna curahan permata kasih, linangan air mata emas kalian tidak ternilai sekali harganya. Begitu mahal sekali sehingga tiada gantinya walau ku gali serata bumi. Wallahua’lam Bissawab.
Wednesday, June 11, 2008
Anjakan Suatu Monolog
Melihat kepada situasi terkini, masih relevan jua kata-kata Pendeta Za’ba mengenai dilema bangsa melayu. Aku terkesan sedikit sebanyak apabila memerhati senario sebegini. Apatah lagi aku sendiri berada didalam kelompok yang sama. Apatah lagi aku membudayakan budaya yang sama diperturunkan menerusi satu generasi ke satu generasi yang lain. Aku melihat diri aku tidak kurang bezanya dengan seseorang yang lain darihal sebangsa sendiri. Aku mempusakai warisan kebangsaan hasil tinggalan nenek moyang sejak kesekian lamanya. Bagaimana kita bisa memperelokkan perihal ini. Suatu dogma sempit serta kepercayaan lemah yang melanda sejak zaman berzaman lagi. Aku mendengar sejak berdekad dimeja-meja kopi, artikel mahupun buku yang bersoal tentang betapa bangsa kita begitu sinonim dengan sikap kebangsaan yang sangat lemah berbanding suatu bangsa yang lain yang hidup senang walau pada mulanya menumpang ditanah milik kita sendiri. Aku kira jika aku sendiri ingin maju melangkah setapak kehadapan, aku perlu mengikis setiap warisan kebangsaan yang aku pusakai sejak sekian lamanya. Bukan senang dan tidak juga mudah untuk mengikis sikap yang sudah tertanam lama, untuk mengubahnya suatu transformasi mental wajar berganti kepada suatu pemikiran yang baharu, dan bukannya terus selesa senang begini sambil duduk tanpa berbuat apa-apa sambil sekali sekala memuaskan nafsu tidur. Ibarat sebuah pohon yang sudah tertanam dalam akarnya. Masakan bisa berubah sekelip mata. Sikap tidak suka menanggung kerugian, ditimpa kegagalan wajar dibuang jauh nun kebelakang, tiada salahnya aku mencuba sesuatu yang baharu kerna jika gagal sekalipun aku masih bisa bangkit dan yang paling penting ialah bagaimana aku belajar dari sebuah kesilapan itu agar tidak mengulanginya pada masa yang mendatang. Kegagalan membawa kepada suatu keberjayaan yang pasti jika tepat perkiraanya. Walau bagaimanapun, untuk membentuk generasi yang baharu memerlukan suatu kesekutuan bersama bala bangsa agar kita sendiri menjadi generasi pemula sekaligus bakal melahirkan generasi-generasi bangsa yang baharu malah jitu pembangunan mindanya. Aku menyeru diriku sendiri agar menyahut cabaran global agar aku memulakannya terlebih dahulu sebelum aku menyeru yang lainnya. Aku impikan zuriatku tidak seperti aku. Biarkan mereka menerobos keluar, biar mereka menerongkah arus tidak seperti laluan aku. Jika di halusi sejenak, kita bisa keluar dari kepompong yang ada jika kita sendiri sedar betapa pentingnya ia dimulai dari diri kita terlebih dahulu. Walaupun tidak sepenuhnya namun generasi selepas kita pasti sedikit sebanyak mengikut warisan sikap kebangsaan aliran baharu yang kita miliki justeru mengubah mentaliti generasi seterusnya tanpa meninggalkan sedikit pun nilai-nilai murni serta pegangan jiwa yang sudah tertanam lama. Sikap seperti katak dibawah tempurung ini harus dibasmi sama sekali, kerna ianya tidak lagi relevan buat generasi kita kini. Sekarang ini aku berpendapat walau apa jua masalah yang menimpa bangsa kita, wajar kita hadapinya dengan tenang terbuka dada tanpa mengelabah lesu tiada hala, tanpa sandaran, tanpa usaha. Sesungguhnya sesuatu bangsa lainnya yang berteduh sebumbung dengan kita sudah sejak turun temurun lagi mempusakai warisan tinggalan moyang mereka. oleh itu tidak hairan bagaimana mereka bisa tampil hebat dirangkaian perniagaan lantas menguasai ekonomi dalam negara. Mungkin agaknya mereka terkenang sejarah silam detik ketika mengalami saat kesukaran lalu merangsang generasi pemula mereka untuk menyemai sikap serta nilai yang wujud dalam diri mereka kini. Atas sandaran itulah mereka berkerja kuat seolah-olah akan membawa kesemua harta yang digali ke kubur
Nampaknya aku wajar berundur buat seketika. Aku sekadar melayan celoteh serta bebelan kata-kata hati, ini juga sekadar monolog yang berkecamuk dalam muara jiwaku. Apa yang aku coret hanyalah sekadar suatu kesimpulan terhadap suatu artikel yang aku kira masih jua relevan pada masa kini. Siapalah aku untuk berkata lebat sebegini melainkan sekadar berkongsi sesuatu kepada kamu semua diruangan ini. Biul seketika kepala ku, tiba-tiba menukar hala fikir darihal bermonolog kepada sesuatu yang tidak pasti sehingga aku melahirkan entri ini. Aku bukanlah seorang pejuang bangsa dan tidak sekali-kali seberani seperti apa yang aku coretkan namun aku akui kadang-kadang kesedaran sebegini timbul jua kesan daripada sesuatu rangsangan yang cukup jitu. Aku sekadar
Sekeping hati yang berlari menuju suatu destinasi yang tidak pasti, suatu ketetapan, suatu kepercayaan.
Umpama lalang hijau ditiup angin. Kadang-kadang meliuk ke kiri, kadang-kadang melentok pula ke kanan. Kurang periksa darihal mana punca angin. Suatu keputusan yang kadangkala sukar sekali untuk ditetapkan. Adakah ini ketetapan, ujian atau jua sekadar mainan kala wujudnya ruang. Sukarku fahami mengapa goyahan datang badai pula melanda, sukar untuk melukakan hati seseorang agaknya. Hati yang tidak kesampaian lalu luluh bila melihat seseorang itu terluka. Sukar untuk memilih, menentukan ruang garisan mana sewajarnya aku berpijak, sejauhmana garisan itu perlu ku enjak. Lagi pula aku sudah lama berdiri selesa digarisan yang sama, cuma masa sahaja sahabat yang sangat memahami. Andai tiba masa yang tepat, aku pasti berganjak jua, perlahan pun tidak mengapa. Suatu hari pasti juga sampai ke garisan penamatnya. Mungkin pada seseorang yang menanti dipenghujung garisan sudah berasa kurang sabar serta panas punggung menantiku tiba. Walau apa jua alasan yang aku perjudikan kepada yang menanti, sukar sekali bala alasan itu untuknya jadikan tempat bersandar. Aku juga kelu, bagaimana harusku perjelas kondisiku yang sebenar. Pelbagai situasi telah ku beri, pelbagai persoalan sudah ku bangkit buat hal bicara antara kami tetapi masih sukar nampaknya untuk difahami. Aku sedar ombak cinta yang beralun tinggi dilautan madu itu faham, cuma sekadar tidak mahu menerima apa jua alasan yang tersuap ke mulutnya. Masih berkeras mempertahankan kemurnian cintanya. Aku masih lagi rasional saat dan tika ini, aku masih takut serta gundah saat aku berasa aku semakin menghampiri garisan itu. Aku dihantui debar yang memukul dada akan kemungkinan ada lorong yang lain beberapa jarak sebelum aku menjejak garisan penamat lalu merangsang aku untuk ke situ. Saat itu adakah aku akan berlari lurus atau menyimpang singgah ke lorong gelap itu sehingga termungkin sesuatu kebarangkalian yang lain. Tidaklah jua aku berfikir tentang diri sendiri semata-mata, tentang seseorang itu juga aku fikirkan sekali harung agar manfaatnya nanti bisa dirasa bersama. Manfaatnya nanti pun aku sedang fikir kala ini, bergaduh sambil berlawan sengit sang minda dikepalaku berfikir tentang sesuatu ini, memang tidak sabar untuk peroleh manfaat yang tiada kelawanannya ini namun tanggungan yang terpikul amat berat sekali. Status sudah tidak lagi sebegini sekarang. Mana tidaknya, aku bisa kemana menuju tiada hala. Seumpama jurumudi pesawat. Persoalan yang terbangkit dimuara hati, bisakah aku mengemudi pesawat itu kelak. Bisakah aku mengawal pandu pesawat itu ke landasannya yang tepat, atau aku hanya sekadar seorang pengemudi pesawat kargo yang membawa barangan sampah semata-mata. Oh tidak, aku tidak fikir begitu. Aku adalah pengemudi pesawat perang yang memikul seribu satu harapan dari seseorang, aku juga seorang wira tempat seseorang itu duduk bersandar. Sebagai kepala yang mengemudi pesawat perang, setiap tindakan yang ku perjudikan wujud alasan dibalik alasan. Aku tidak harus terlalu mengikut perasasaan untuk merempuh laju segala halangan yang terhalang didepan mata lalu memperjudikan nasib seseorang yang bersandar. Refleks ku bergerak pantas sepantas aku mengelak serangan bertub-tubi pihak musuh. Aku mungkin tidak sempat berfikir diatas
Coretan yang tertera diatas adalah sebuah rangkaian yang muncul menjengah kala lenaku jaga tadi, lalu ku cerna segera menerusi patah-patah perkataan untukku simpan buat kenangan dikemudian hari. Suatu ekpresi yang ku adun mengikut rentak tari gemalai lembut yang kadangkala keras menari ditepian hati. Suatu bingkisan kata-kata yang kadang menjengah tiba lalu berlegar di langit minda yang kadangkala aku sedar merupakan suatu mainan semata-mata. Sebagai manusia biasa, aku akur yang seringkala kita bermonolog sendirian menafikan sesuatu yang lain. Dalam kita berbicara sesama hati sendiri kadangkala kita suka berfikir sesuatu kemungkinan tertentu. Kemungkinan akan sesuatu kebarangkalian. Kadangkala minda juga sering dilanda perasaan yang was-was terhadap sesuatu perkara yang telah pun berketetapan, namun hasutan iblis membawa kita mengembara lama sambil berjuang menentang diri sendiri. Keputusannya sudah diketemukan, cuma monolog diatas hanya sekadar perkongsian dariku terhadap apa yang berenang-renang dilautan cetera lautan madu. Minda seringkali dihantui perasaan gundah gulana meski kadangkala kita manusia sudah pun berkeputusan tertentu. Memang perkara lazim bagi hati yang wujud nafsu didalamnya untuk mempertikaikan segala apa yang yang terancang mahu pun yang sudah berkeputusan. Kerna sesungguhnya dalam diri manusia itu ada beberapa pihak yang wujud didalamnya. Seperti yang kamu saksikan di Dewan Parlimen. Pembangkang tetapkan wujud dalam sebuah kerajaan tertentu, dimana ada kerajaan, disitu jua wujudnya pembangkang. Untuk menentukan sesuatu dasar, sudah tentu melalui beberapa fasa yang menegangkan sebelum sesuatu kesimpulan itu tersimpul menjadi suatu keputusan yang muktamad. Begitu hal nya manusia, nafsu sering sahaja hadir kala sesuatu permasalahan yang memerlukan keputusan diputuskan. Hampir sahaja ia membangkang apa jua niat murni yang
Wednesday, June 4, 2008
Aku Bermonolog Sendirian
Tuesday, June 3, 2008
Kamu Harimau Bukan?
Suatu kebarangkalian,
Menerpa datang tanpa diundang,
Harapan menjadi suatu kemungkinan,
Usaha dahulu, tawakal kemudian.
Turutan hati tidak terikut,
Alunan rasa tidak selalu benar,
Lingkaran resah sering menyedut,
Tindak haloba seringkala tersasar.
Semakin dikejar laju pula geraknya,
Pandangan telus tidak pasti gunanya,
Bebas gerinya biarkan sahaja,
Jika kamu kepinginkan ia.
Andai termaktub untuk berdua,
Jauh terbang pasti pulangnya,
Gundahan jiwa tenangkan sahaja,
Percayakan takdir penentu semua.
Aku bertutur bahasa seni,
Nasihat ku beri faham sendiri,
Jangan kau turut kemahuan diri,
Penting diri kau yang rugi.
Aku mengerti piluan rasa,
Pilihan yang ada guna sebaiknya,
Sekali terkhilaf kau terseksa,
Seribu tahun terasa getarnya.
Jalinan bebas ini sekadar suatu nasihat buat seorang saudara yang ku kira kini dalam suatu kondisi yang sangat tidak menyenangkan aku. aku tidak punya modal lain lagi melainkan menghadiahkannya suatu jalinan irama yang bebas buat bekal fikiran mindanya. Aku mengharapkan agar saudaraku itu kembali seperti sediakala kerna segala apa yang berlaku punya sebab disebaliknya. Aku percaya jika saudaraku lebih tabah mengharungi lautan cetera itu pasti segalanya akan berakhir dengan kesudahan yang lebih manis. Kesabaran merupakan tulang belakang kepada kekuatan seorang lelaki. Jangan kamu lemas dalam lautan cetera ciptaan sendiri kerna nanti bukan sahaja kamu malah dia juga kamu lemaskan bersama. Aku bercakap atas dasar satu keluarga, persaudaraan yang lahir atas suatu sumpah dan aku tidak selesa jika kamu berkelakuan seperti kanak-kanak yang terlalu mendambakan sesuatu yang tidak pasti kemungkinannya. Harapan masih tetap wujud andai kamu bertindak mengikut kebarangkalian yang rasional. Maka kemungkinannya nanti masih punya sinar untuk kamu nikmati bersama. Sang Harimau tidak mungkin goyah berhadapan situasi begini, malah sifat sang harimau yang tenang memburu mangsa dibalik semak sambil sabar ia menanti untuk menerkam mangsanya patut kamu halusi. Kamu harimau bukan? Lu
Renangan di Jiwa
Aku merasa sedikit kebersalahan terhadap orang tua ku dikampung. Aku ralat, sedikit terkilan kerna gagal untuk pulang pada waktu yang telah ku taburkan untuk mereka. Aku seolah-olah bermungkir terhadap janji sendiri. Kalau ku turutkan rasa yang terbuku dihati, ingin sahaja aku pulang dalam kadar yang segera. Namun, aku terhadang dek limpahan urusan yang datang dengan tidak semena-mena, urusan duniawi dalam bentuk timbunan rezeki yang datang bergolek entah dari mana tiba pun aku kurang mengerti. Syukur terhadap anugerah ilahi yang mengurniakan hambanya yang alpa ini saguhati berupa rezeki. Cuma kala waktu ini aku hanya bisa menghitung hari semata-mata. Soal pulang melawat orang tua dikampung terpaksa ku tangguhkan seketika cuma. Soalnya, aku hanya kuatir jikalau orang tua ku tersilap salah memikirkan yang aku berkemungkinan meminggirkan mereka. Jawapannya tidak sama sekali. Aku hanya
Entri ini hanyalah sekadar suatu bingkisan jiwa yang berenang-renang di lubuk hati. Rasa kebersalahan terhadap taburan janji yang diberi merangsang aku untuk mencatit luahan sendiri. Lebih-lebih lagi bila janji itu kita taburi terhadap kedua orang tua kita, rasa kebersalahan itu sedikit lain macam. Walau apa pun, tidaklah entri ini aku lemparkan ke ruangan ini untuk dijadikan sebagai modal tawa kalian terhadap kejebatan aku, malah tidak langsung untuk menunjukkan ketuahan aku, apa yang hendak ku sampaikan di sini hnyalah sedikit ruang untuk kita sama-sama renungkan, untuk aku sendiri halusi agar sentiasa cuba untuk menjaga hati dan perasaan kedua orang tua. Kadang-kadang dalam usia mereka yang semakin meningkat, mereka semakin sensitif. Atas alasan ini aku bersandar, agar kita bersama mencuba menghadiahkan sesuatu yang terbaik buat kedua orang tua kita agar mereka sentiasa berasa terbela. Aku tidak bermaksud agar kita menghadiahi mereka jambatan emas, atau jua hamparan sejuta permata, tapi cukuplah sekadar perhatian yang kita berikan buat mereka. itu yang lebih penting aku rasakan kini. Aku sedang