Entri istimewa khas kepada yang istimewa. Sekian hari aku tidak menulis membuatkan aku terfikir untuk menghadiahkan kamu sesuatu. Sesuatu yang tidak seberapa namun cukup manis buat aku. Aku tidak mengambil tempoh yang lama untuk menghasilkan entri ini kerna pesona ria aku begitu agung sekali sehingga aku berkeputusan untuk menghadiahkan sekuntum senyuman sebagai penghargaan kepada kamu. Manusia berubah, aku juga berubah. Pendirian aku untuk tidak menulis perihal rasa yang selamanya menjadi hak peribadi aku, aku noktahkan diruangan pistol berpeluru ini. Khas buat kamu, Nurul Hidayu Bt Rosli...
Hati berpaut mati,
Alasan tiada mahu mencari,
Bercerai mati hasrat dihati,
Ligat rasa tumpulnya pasti,
Dari mata terlihat ombak,
Alasan tiada mahu mencari,
Bercerai mati hasrat dihati,
Ligat rasa tumpulnya pasti,
Dari mata terlihat ombak,
Ombak datang bawa gelora,
Terserlah agung gelora asmara,
Deras arus menyingkir lara,
Tercungap nafas luluh jiwa,
Tidak dia berputus asa,
Memberi jua walau terseksa,
Percaya pada dewata hatinya,
Berakit perlahan rapat ke sisi,
Suci budi dia berbakti,
Berpada-pada dia memberi,
Buat jantung penerang hati,
Kelopak bunga mekar akhirnya,
Berkembang molek ria bersama,
Kumbang terjerat kemudian rela,
Mula terpaksa sudahnya suka,
Suka akhirnya cinta,
Berdua mereka memiliki tahta.
Kala keseorangan aku mengilhamkan bait-bait jujur demi memberi gambaran tentang apa yang aku rasa mengenai kamu. Sungguh pun tidak sepuitis mana-mana madah cinta agung namun keterbukaan aku untuk mengalah demi kasih dan sayangku terhadap kamu usah lagi dipertikaikan. Aku menerima kamu bersama lapang dada, hati terbuka dan seadanya. Andai selama ini kamu sering makan hati dengan sikap acuh tak acuh ku itu, aku pohon ampun kerna segala apa yang aku lakukan hanyalah demi perkara pokok untuk masa hadapan. Aku tidak dingin, tidak jua berpaling hati, namun demi suatu tuntutan aku tiada pilihan. Aku memilih untuk berperang dengan masa, masa yang ada tidak memungkinkan untuk aku bertemu kamu seperti dahulu. Andai kamu bersedih, aku juga merasakan perkara sama. Aku memahami jika sepi itu menjadi teman tidur mu, aku jua begitu namun tiada apa yang mampu aku lakukan kala ini selain sering cuba memenuhi kualiti masa untuk berdua. Aku pohon supaya kamu tabahkan hati, bersabar menerima kondisi aku yang masih diambang ke kiri dan ke kanan umpama lalang ditiup angin. Percayalah, walau apa jua perkara yang aku lakukan kini tidak lain hanyalah demi kebaikan bersama. Aku kira kamu cukup matang untuk memahami segala apa yang aku korbankan kini. Tiada salahnya jika kamu turut berkorban demi sebuah hubungan yang lebih ampuh lagi teguh dimasa hadapan. Aku nampak pengorbananmu itu. Andai kamu ingat, aku sering menekankan perkara sabar. Mengertilah, andai kamu bersabar dan redha dengan ujian ini aku percaya kita pasti akan bersama suatu hari nanti. Saat kesusahan melanda diri, aku mengharap kamu mengerti. Insya’Allah.

Dedikasi istimewa buat yang teristimewa,
Saat badai melanda kamu tetap teguh dibelakang aku, kamu sentiasa ada saat aku perlukan kamu. Tiada janji manis mampu aku taburkan, yang ada cuma kasih bak bunga yang makin mekar dihati. Terima kasih atas taat setia kamu walaupun aku tahu kamu bisa saja pergi.
Teguhkan pendirianmu, kuatkan semangatmu, jangan kamu merendah diri, aku sentiasa berada disisi.
Abaikan segala perasaan rendah dirimu itu, walaupun ayam berlada masakanmu itu masin tempoh hari, tetap jua habis aku langsaikan. Kamu amat bagus dalam hal itu. Percayalah, perut ku terasa dimanja.
12 comments:
zul!!!!!!
inshaallah. eh, Ayam berlada masin. ada juak lucunya tek.
zul!!!manje org nye..
untung cik nurul kita dapat abe zul nieh. papepun aku dekat sini nak chup dulu zul.
Aku jadi saksi pertemuan pertama,jadi andai ada jodoh antara dua jiwa ni, Zul aku jadi Pengapit!Amin. hehehh.
Gua dapat jadi cameraman nanti pun jadila zul..haahah...Fareezan kata dia nak wat silat pengantin,aksi the rock menyedut kuasa kalimantang kat depan pelamin tu nanti..
haha betul tu emy! fareezan mmg orgnya untuk silat pulut mahupun aksi Kalimantang! man ketak dah nak amik part nyanyi lagu keroncong!
inilah kwn2 gua..
boy: nk wt cmne..heee
cha: tp nang masin cha..ishh2..
teuku: gua sje ngade2 cket..
hakim: kesian dia kim
emy: tarahal lah..ni yg gua suka kwn2 ni..supportive belaka..
bahagia benar bila kasih yg diharap, sampai di hati.. =) moga bahagia =) oh, teringin juga rasa ayam berlada masin =)
hm..masih lg meniti sebenarnya..sedang meneliti andai ini sebenarnya yg dicari..
Post a Comment