Sunday, October 12, 2008
Eid One World
Bersama hati yang tulus aku selit bersama imej-imej yang terakam pada suatu malam yang gumbira bak kata rakan bloggerku. Tentu sekali menerusi ekspresi serta riak wajah di foto, kamu boleh mentafsir mahu pun meneka gelora yang berjelaga dalam diri mereka-mereka ini. Termasuklah aku sendiri.
Aku tidak punya apa-apa rungutan tentang majlis tersebut, lagi pula aku tidak berbelanja banyak apatah lagi beriya membuat persiapan yang rapi untuk ke majlis ini. Jadi, apa lagi yang boleh aku harapkan?
Jawapannya, duduk goyang kaki, makan dan minum sambil menikmati muzik. 'Food Presentation' sangat menarik perhatian aku.
Terima kasih buat 'Brader Chicken', tanpa lu, gua hanya layak duduk rumah pekena 'hot chocholate' sahaja sambil berSMS.
Walau apa pun, malam yang ditunggu sudah pun berlalu. Ayuh, kita buka lembaran baru kerna penamatnya bukan disini. Perjalanan masih banyak berbaki, masih jauh untuk kita rentasi. Tahniah buat tenaga kerja MPG. Hakikat yang nyata ialah setiap acara tidak akan lari dari kesilapan.
Teladan istimewa buat mereka yang keras berusaha.
Sekurang-kurangnya wujud kelompok-kelompok yang sanggup membuat kerja kebajikan hanya untuk meraikan rakan-rakan sendiri. Paling tidak, ia sudah pun terlaksana. Terima kasih untuk suatu malam yang gumbira yang bertempat disebuah banggunan kebanggaan Malaysia iaitu, KLCC.
Terkenang saat manis ketika menghabiskan masa selama 4 hari semasa berkhidmat untuk MDEC, MSC Malaysia ditempat yang sama bagi menjayakan program WCIT @ World Congress of IT 2008.
Jika ada antara rakan-rakan yang tidak berpuas hati pada malam tersebut, aku menyeru agar kamu lupakan sejenak rencah peristiwa malam itu. Usah disimpan didalam hati. Lagi pula kita masih berada dibawah naungan bulan Syawal, bulan kita bermaafan. Bersyukurlah ada rakan-rakan yang sudi berkerja keras demi meraikan rakan-rakan yang lain. Tahniah semua!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
zul... aku rindu mdec zul.. serius. aku rindu keja ngan kawan kawan di klcc zul. serious. mmg mdec adalah antara kenangan manis yang tak dpt dilupakan. :)
serius kawan!!aku sgt merindui dowh detik itu. sgt manis utk dikenang.momen yang sgt mengusik jiwa!!!
wa pon sik teringat kat mdec jer...haih..memori...
zul!!!gambaq aku xdak pun!!!!yalaaaaaaaaaaaa............xpala.........
boy: usah dikenang perkara lepas, jika dikenang air mata berlinang. P.ramlee tuh!!!
pakwad: apa la sgt gambaq hg tu nk dibandingkan dgn kasih syg yg aku curahkan kt hag!!!
mana itu adi kawan...saya rindu sama itu sleeping buddha la...hehehehehehe
hajar: sleeping Buddha ketika imej diambil hilang entah kemana..die ade kt blakang ni haa..
Post a Comment