Sunday, November 30, 2008

Atmosfera politik semasa menghadiahkan ruang kepada individu berkepentingan untuk memberi komentar mereka. Dalam keadaan sebegini tegang, wujud individu berkepentingan muncul menjadi hero, konon-kononnya.

Aku menghadkan skop penulisan aku dari menyentuh sebarang hal yang bersangkut dengan politik. Jika ada pun drama politik, hanya mungkin individu tertentu sahaja yang faham memandangkan aku menyembunyikan maksud sebenar dibalik patah-patah perkataan.

Bukan kerana polisi tidak campur tangan aku, tetapi kerna aku merasakan sudah terlalu ramai penulis yang berorientasikan politik. Apatah lagi aku masih tidak khatam tentang ilmu politik semasa.

Aku salute juga kepada penulis muda yang lantang berbicara hal politik. Sudah pastinya bukan sesuatu yang mudah. Penulis yang bagus ialah mereka yang jujur menulis tidak kira apa jua orientasi atau kiblat penulisan mereka kerna dari kejujuran itu sudah pasti menzahirkan keberanian.

Individu yang berani tidak semestinya jujur namun mereka yang jujur ketika menyulam bait kata-kata sudah pastilah individu yang berani.

Kalau semua jadi Polis, siapa pula jadi penjenayahnya. Keseimbangan itu adalah fitrah sebuah kehidupan.

Isu ketuanan melayu yang kadang-kadang terpacul keluar dari mulut busuk yang berkepentingan sering mengundang persepsi buruk kepada mereka yang tidak mengerti. Ketuanan pada pemahaman aku bukanlah ketuanan antara tuan dan hamba tetapi sebaliknya hanyalah simbolik kepada sebuah gagasan, iaitu penghormatan dan kesepakatan yang terjalin antara tuan tanah dengan imigran asing atau dalam bahasa kasarnya pendatang.

Kesepakatan ini telah lama terjalin serta difahami oleh masyarakat terdahulu. Jika terlalu dambakan keseimbangan, aku kira para pemata sepet ini sudah sedia maklum akan keseimbangan yang terbentuk hasil percampuran majmuk ini.

Orang melayu tidak mendominasi segala-galanya ditanah sendiri, yang tinggal hanya kuota politik semata-mata. Hak politik, hak untuk mengemudi tanah sendiri biarlah dikekalkan kepada tuan empunya tanah.

Cukuplah ehsan dan keredhaan orang melayu membiarkan kamu berekonomi, berdagang sehingga membentuk sebuah paksi yang orang melayu sendiri mustahil untuk terobos. Dasar ekonomi baru pun masih belum mencapai matlamat yang asal.

Kamu sudah kaya maa!!

Orang melayu sanggup jual tanah sebab kamu terlampau berduit dan duit itu melemahkan jiwa orang melayu yang sedia layu. Seimbang bukan? Sekurang-kurangnya, kamu sudah mendominasi ekonomi.

Politik jangan sentuh, orang melayu ni sensitif!!!

Menyentuh dasar ketuanan melayu dianggap mencabar kedudukan kuasa Sultan. Mencabar Sultan, kamu membangkit emosi amuk orang melayu. Apatah lagi dalam konteks Malaysia ini, ramai beranggapan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu.

Jika sebut pasal Islam, sudah tentu Jihad terpacul keluar dari mulut Pak Munawe dikampung Pisang.

Telaah balik segala kata-kata yang kamu udarakan sebelum ini. Jika dasar ketuanan Melayu itu menggatalkan celah punggung kamu maka jangan salahkan orang melayu untuk memberi reaksi yang bukan-bukan. Jadi, jangan nyalakan api yang masih belum padam, janganlah acah-acah simbah petrol. Terbakar betul nanti, mana anak cucu kamu nak lari!

Pak Munawe sudah khabarkan kepada pemuda kampung untuk bersedia. 30 buah bas sudah 'standby'.

Jika orang melayu sehingga kini masih boleh bertoleransi, mengapa tidak kamu. Sedangkan kamu tidak dikenakan apa-apa sekatan. Pergilah berniaga jual tauhu tepi jalan, 'mat pau' melayu tak datang pun kacau. Bikin sebuah lagi kopitiam macam Pak Li Kopitiam, orang melayu boleh datang lepak ramai-ramai.

Masalahnya sekarang, akan ada seekor dua Beruk yang akan cuba untuk menjadi hero. Dalam diam, Beruk ini membaling kulit pisang dicelahan masyarakat. Bila ada yang tergelincir, boleh jadi penyelamat, boleh jadi 'cicak man', untung-untung dapat Fasha Sandha.

Apa yang ada kini hargailah, bukan hanya kamu tetapi juga kepada saudara sebangsa aku sendiri. Dikala kita dikelilingi oleh negara-negara jiran yang bertelagah, berkeadaan tegang. Tidakkah kita wajar menghargai keamanan yang kita ada?

Keamanan itu bukan sesuatu yang senang untuk diraih, bukan boleh dijumpa ditepian pantai dan tidak pula diwarisi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkannya sehabis daya.

Daripada kamu terus mencari idea untuk menzahirkan impian gagasan kamu atau agenda tersembunyi individu berkepentingan, ada baiknya kita usahakan, kita jalinkan kesepakatan dan kesefahaman yang jitu antara satu dengan yang lain. Kita kembalikan semangat muhibbah yang pernah terjalin dahulu.

Aku juga mengharap agar saudara sebangsaku sendiri tidak sesekali mengkhianati bangsa sendiri. Jika pun mazhab serta pegangan kita berbeda, tidak mengapa kerna dalam Islam perbezaan pendapat itu tidak salah malah melahirkan hikmah kepada masyarakat.

Masing-masing bebas untuk berpegang kepada tali sendiri namun kesepakatan sesama insan jangan diketepikan. Baru bisa melahirkan masyarakat yang bertamadun. 'Akhlakul Karimah', sikap-sikap yang mulia. Kerna masalah perbezaan pendapat ini walau di debat macam mana sekali pun, jika ia sudah menjadi pegangan, kamu akan tetap merasakan kamu betul.

Masalahnya ialah, tanggapan tentang pegangan kita sahaja yang benar dan pegangan orang lain tidak. Mana boleh begitu, biarlah kita bertentang pendapat, tapi jangan anggap kita sahaja yang betul. Baik kita kongsi agar yang sana faham, yang sini tahu.

Menyentuh isu ketuanan melayu memperlihatkan kepada bangsa lain bahawasanya orang Melayu ini rasis. Biasalah prejudis kecil-kecilan, semua bangsa akan ada sedikit perasaan sebegitu. Malah antara melayu sendiri sekali pun wujud, semangat kenegerian.

Kira macam era Tupac gaduh dengan Biggie la, ada 'east side and west side', padahal sesama bangsa tu! Apatah lagi kalau dengan bangsa yang lain, mesti lagi teruk.

Mari kita ramai-ramai menghargai, menghargai apa yang kita ada.

Aku percaya kamu tidak sanggup bertempur dengan Pak Munawe bersama bala tenteranya. Pak Munawe ada jurus parang terbang tau!!!

9 comments:

emi riquelmi said...

Tupac vs Biggie Small..Satu sejarah berdarah sesama kulit hitam..Akhirnya,dua-dua mati..habuk pun x dapat...kite kene ambil iktibar tu..

Ridy Anwar said...

walaupun tidak dilahirkan di los angeles tetapi di buenos aires tapi wa dapat merasakan yang Tupac tuh dkt dihati wa sebab kami sokong team yang sama iaitu LA Lakers yeah!

Joe Moktar said...

emi: aku xtau nk kaitkan dgn ape..tu yg smpai tupac kuar tuh!!hahaha

ridy: hahaha..walau pun wa rse tupac tu kecik je orgnye, tp hati die lg besar dr mike tyson..hati ridy?hahaha

emi riquelmi said...

hati ridy?kinky....Ridiiiiiiiii

Anonymous said...

makin lame makin suka plak wa bace blog lu zul..sesungguhnya hak ketuanan ini jgn di pertikaikan,separuh dari tanah kita kita dah kongsi bg kesenangan dorang sampai anak cucu,dorang tak puas hati lagi.

Junaidi Asmara said...

hal ni perlukan otak yg betul-betul berfungsi, kalau berkiblatkan amarah, mmg sampai kiamat pun bertetak.

yang melatah tak sayang mulut, yang menjawab pulak tak cukup ilmu.

Nak mintak, biar berpada.
Nak menjawab biar kena cara.

ya, tak?

Anonymous said...

Ahaha...aku particularly suka part ni: 'Keamanan itu bukan sesuatu yang senang untuk diraih, bukan boleh dijumpa ditepian pantai dan tidak pula diwarisi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkannya sehabis daya'. Mcm pernah ku dengar ayat 'di tepian pantai dan tak boleh diwarisi tu'. Ahaha...Iman Mutiara. ;p -Amad-

Joe Moktar said...

afan: lu bru suke fan?kire lu bru syg wa la ni??hahaha

boy: betol tu boy!!!

amad: ehh, ye x ye kan?aku ciplak sikit la tu..jgn heboh, kang kne saman..caya bro dh de blog!!!

Anonymous said...

Ahah.. Lama dah blog ni. Tak penah pakai dan x bercadang nak advertise kat sini. Cuma aku ingt kalau nak leave komen boleh jadi anonymous tanpa perlu ada acc blog. Tapi tak boleh plak. Dia suruh log in acc aku. So jgn salah paham. Ni bukan blog pun. Huhu...