Thursday, January 22, 2009
Sekian minggu gua tidak menulis gara-gara sibuk dengan urusan duniawi, maklumlah sibuk dengan kerjaya baru ditambah lagi dengan masalah biasa dari rangkaian internet di sekitar kediaman gua di Shah Alam. Dengan kondisi tubuh badan dan otak yang penat begini mustahil rasanya untuk menggagahkan diri turun ke siber kafe.
Sukar untuk mengembalikan semula momentum untuk menulis, minda terpaksa berkerja keras dari biasa untuk menganalisis segala informasi sebelum hasil tafsiran itu diserahkan kepada jari jemari gua untuk dicerna di ruang ini.
Tanpa objektif menulis yang jelas pada hari ini, gua memilih imej diatas sebagai 'warm-up' untuk entri gua selepas berminggu mendiamkan diri. Lagi pula, minda gua mengalami kepancitan yang amat lantas menjejaskan keupayaan daya saingnya untuk berfikir pada tahap yang maksimum.
Kepada peminat-peminat Muay Thai serata rangkaian sosial gua, jangan lupa untuk singgah ke laman blog KawanBoxx yang berpaut cergas dilaman blog gua disebelah kanan. Anda hanya perlu klik sahaja untuk mendapatkan info terkini mengenai KL MUAY THAI CHALLENGE 2009 anjuran BoxxEvent yang bertempat di stadium Badminton Cheras pada 7 & 8 Febuari ini.
Memandangkan ramai nama-nama besar yang akan turun bertempur pada kejohanan tersebut, rugi rasanya jika tidak menonton. Tidak lebih, tidak kurang sama seperti menonton wayang, bezanya ialah apa yang bakal dipertontonkan nanti adalah drama realiti, bukan fantasi. Segala percikan 'kicap' juga bukan dibuat-buat, bunyi rengekan manja para Nak Muay juga 'ori', geseran keras tulang keting juga bukan hasil dari kesan khas bunyi.
Kalau dalam filem, Ong Bak contohnya, percikan 'kicap' yang dipaparkan adalah palsu, bunyi-bunyian tulang berlaga juga hasil dari teknik kesan khas bunyi, raungan manja mangsa belasahan juga kurang ikhlas, tidak seikhlas raungan para Nak Muay yang benar-benar bertempur.
Ingin gua ingatkan, pertempuran antara Nak Muay Pro ini tidaklah sesuspen seperti yang gua gambarkan diatas. Setiap pertarungan mempunyai peraturan dan garis pandu tertentu, sebab itu adanya wasit atau juri. Sila betulkan persepsi atau tanggapan bahawasanya sukan tempur seperti Muay Thai ini ganas atau kejam. Sukan juga seperti muzik dan filem yang perlu kita hayati bersama sebagai medium untuk melegakan sebarang ketegangan yang berselirat di minda.
Sukan yang ada pertembungan fizikal mana didunia yang tidak mendatangkan kecederaan. Semua sukan lasak pasti ada risiko tertentu, namun itu yang membezakan antara profesional dan amatur. Para atlit pro ini sudah dilatih untuk mengelakkan diri dari sebarang risiko kecederaan semaksimum mungkin.
Kepada yang tidak percaya, kamu pasti akan percaya sejurus selepas menyaksikannya secara 'live'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
zul, wa igt mau pegi tgk la event ni..
klo free wa pegi..
cool: bro, angkut rakan2 kajang ke sne..tiket murah je,fighter gempak2 nye turun mlm tu..gerenti jantung gugur nye.kalo lu nk g roger wa k
orait brother..
nnt wa call sama lu..
Post a Comment