Kenapa gua rasa aneh sangat minggu ini?
Sungguh aneh bila mata kiri asyik mengeyit. Bukan gua mengenyit nakal ke arah gadis, tapi mata gua mengenyit atau berkelip. Sekali sekala terasa kelopak mata kiri ini bergetar. Sekali dalam 3-4 hari gua tak hairan, tapi konsistensi yang ditampilkan oleh kelipan mata kiri gua yang membuatkan jiwa tipikal Melayu gua gundah gulana.
Ada makna ke?
Oleh sebab sudah dekat dua minggu mata kiri ini berjoget, gua pun dengan rasa ingin tahu terus 'hola' bonda. Gua telefon ke kampung tapi tiada bersahut. Sekali lagi gua 'hola' ke rumah masa maghrib.
Ayah gua angkat.
Borak punya borak, rupanya bukan mata gua seorang yang berjoget rupanya mata ayah gua pun 'crumping' sama. Ohh, gua tidak keseorangan.
Namun gua masih tak puas hati, gua 'hola' ke kampung lagi sekali. Borak pula dengan bonda. Bonda dengan 'wisdom'nya memetik kata-kata orang tua dulu-dulu, 'kalau benda baik minta Allah nampak-nampak kan, kalau musibah minta tolong jauh-jauh kan'.
Gua bukan apa, risau manalah tahu penyakit ke apa. Seteruk-teruk kejadian pun, gua terfikir ketika bangun tidur pagi tadi yang koordinasi kerdipan mata gua sudah lari, tidak seiring dengan mata kanan.
Selain beriman kepada qada' dan qadar, kadang-kadang gua rasa bahasa badan perlu juga kita halusi baik-baik. Tubuh badan berkomunikasi menerusi bahasanya sendiri, terpulang kepada pemahaman kita sendiri asalkan tiada unsur pergantungan kepada sesuatu yang kita sandarkan.
Jangan ingat tubuh badan ini tiada perasaan, tak percaya cuba tahan mata dari tidur. Tengoklah natijahnya besok hari, mata bila marah, semasa mesyuarat agung pun kita boleh terlelap.
Jadi jangan paksa dia sangat, agak-agak kalau dia penat, layu dan kuyu, dia minta rehat lah tu!
Selain itu, mungkin sebab asyik terfikir tentang 'law of attraction' semalam, membuatkan rasa ingin tahu gua bertambah-tambah sedangkan kalau setakat mata mengenyit begitu, brader-brader yang lepak dekat dataran merdeka dimalam minggu pun sama.
Lagi satu, gua sudah lama meninggalkan aktiviti-aktiviti yang keras sifatnya. Oleh itu, gua hairan kenapa kaki kiri gua boleh bengkak, pakej dengan lebam sekali. Bengkaknya montok semacam ayam KFC.
Gua redha, kalau kaki gua bengkak berserta alasan yang masuk akal, tapi bengkak ketika tidur itu memang aneh.
Takkan Hakim yang gigit, takkan Pakwad yang karate!
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment