Monday, April 27, 2009


Mungkin aku baru sedar yang Contender Asia hanya sekadar sebuah rancangan realiti. Tetapi aku juga tidak menafikan yang program berpaksikan keuntungan ini juga bisa menjadi pemangkin kepada 'Nak Muay' tempatan untuk pergi lebih jauh lagi. Ada antara 'Nak Muay' di atas yang sangat bagus pada hemat aku namun mungkin nasib sahaja yang tidak menyebelahi mereka untuk muncul di Contender Asia. Nama-nama seperti Tengku Shahrizal 'Kuda Merah', Kudin 'Raja Jerung', Iddie 'Selendang Kuning', dan beberapa lagi Nak Muay berbakat pasti tidak hanya memasang impian untuk ke Contender Asia.


Apalah sangat, betul tak?


Faizal 'Siku Emas' adalah antara 'the chosen one'. Beliau masih muda dan juga punya skill dan fizikal yang 'hentap' kata orang Kedah. Manakala, Bernard 'Headhunter' pula mendapat peluang kedua. Untuk ke Lumpinee, mungkin tidak. Dalam kondisi beliau sekarang, maka Contender Asia itu lebih sesuai kiranya berbanding Lumpinee. Kehadiran Bernard 'Headhunter' sekurang-kurangnya jika dipandang pada sudut yang positif bisa membuka mata bahawasanya sukan Muay ini adalah bersifat universal dan tidak hanya milik kepada rantau atau daerah tertentu sahaja. Harapnya, lebih ramai lagi 'Nak Muay' dari perairan Borneo akan lahir kelak.


Sokongan itu masih wajar diberi kepada mereka. Mengapa tidak?

No comments: