Saturday, June 27, 2009

Semenjak aku mengenali dunia siber, aku bertemu dengan kepelbagaian disiplin ilmu. Sehingga kadangkala tidak terfikir oleh minda tentang kepelbagaian ilmu yang wujud. Masalahnya bukan ilmu-ilmu yang baharu, tetapi disiplin ilmu yang sudah lama dibawa sejak zaman para Nabi dan Wali lagi.

Sejarah melakarkan betapa umat Islam sangat kaya dengan kepelbagaian disiplin ilmu namun akibat konspirasi serta agenda 'hidden hand' mengakibatkan umat yang dahulunya gah membina tamadun yang begitu hebat tersingkir dari carta dunia. Musuh berkerja keras cuba menafikan kehebatan tamadun agamaku dengan menyebarkan dakyah serta propaganda palsu kepada masyarakat agar agamaku dipandang sepi lalu lahirlah gelaran atau perlambangan tertentu untuk penganut yang menganuti agamaku.

Adakah negara samudera diatas angin yang diwar-warkan datangnya dari timur?

Adakah panji serta tentera fisabilillah terhebat lahir dari timur?

Memandang bangsaku sendiri adalah kaum yang sangat misteri maka teori-teori yang wujud tentang kebangkitan tentera dari timur tidak boleh tidak mungkin betul. Jika tidak benar kita usahakan juga biar jadi benar kerna walaupun segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz, nasib sesuatu kaum itu tetap terletak ditangan sendiri atas perinsip usaha selain percaya kepada 'kun faya kun', qoda' dan qodar.

Apa lagi yang istimewa tentang kaumku, sudahlah menganut agama yang suci. Turun dari langit pula, bukan ciptaan sasterawan, bukan dendangan ahli muzik, bukan hasil ilham tok nujum. Turun dari langit diiring pula oleh ketua segala Malaikat.

Jika benar jalur serta salah silah dari zaman Sulaiman hingga zaman para wali terus ke Yunan lalu singgah ke kepulauan nusantara, maka negeri yang dikhabarkan merupakan negeri samudera itu mungkin benar. Maka Parameswara serta kehebatan Hang Tuah itu tidak dapat disangkal lagi kerna kononnya tamadun bangsaku pada era itu begitu hebat sekali.

Kehebatan tamadun yang diwarisi terus menerus secara rahsia yang kononnya berkongsi teknologi dari zaman Sulaiman yang mana ada teori menyatakan yang setiap 200 tahun wujud suatu permesyuaratan atau majlis menurun ilmu.

Kedengaran seperti agak kelakar tetapi terpulanglah untuk kita menganalisis serta membuat kajian sendiri. Seperti yang aku kata diawal lagi, ledakan dunia siber membawa kita kepada teori-teori, teori konspirasi, propaganda dan sebagainya. Bagi mereka-mereka yang pening kepala tentang hal ini agar dinasihatkan supaya terus kembali kepada pemahaman agama yang tradisional. Pemahaman agama yang teras iaitu percaya kepada Tuhan yang satu dan Muhammed itu pesuruhnya.

Tidak salah mengaji ilmu-ilmu sufi, tasawuf dan sebagainya namun terasnya kena teguh, seteguh besi waja. Selagi ilmu yang diturunkan itu tidak lari dari akhlak para Rasul. Jangan ada yang tiba-tiba nampak Tuhan, nampak Malaikat, nampak itu, nampak ini. Penafsiran tentang ini juga berbeza, tetapi yang teruknya ialah menghalalkan yang haram. Menghalalkan yang haram ini bukan ajaran atau akhlak yang dibawa para Rasul.

Kalau kita kata makam kita tinggi sehingga tidak mengapa jika tidak sembahyang, seks bebas dan sebagainya seolah-olah sudah dijanjikan maka aku rasa pembawa yang membawa ini sudah sah sesat.

Siapa dia, dan siapa pula Muhammed?

Aku seru agar saudara-saudaraku berhati-hati. Bak kata seorang teman, cari akhirat kita dapat dunia, cari dunia akhirat belum pasti. Nabi Muhammed yang sudah dijamin masuk syurga pun berusaha keras berkerja, bersolat, berpuasa dan sebagainya, apatah lagi kita.

Bukan apa, kita tidak mahu kejadian yang menimpa Ayah Pin berulang. Cukuplah dia seorang yang menjadi mangsa suatu bisikan.

Aku menulis begini juga sebagai ingatan buat diriku sendiri, langsung tidak berniat apa-apa melainkan sebagai satu simulasi agar aku ingat tentang apa yang aku tulis lalu aku zahirkannya perlahan-lahan.

Benar, jika difikirkan bangsa Melayu merupakan bangsa paling misteri didunia. Nampak pemalu, nampak penyegan tetapi berisi. Bak padi, semakin berisi semakin menunduk.

Memang misteri!

Bukan setakat pandai simpan, khazanah ilmu yang sangatlah rahsia ada pada bangsa yang sangat misteri ini. Kalau Jepun ada Naruto dan Son Goku, itu apa ada hal. Apa beza dengan Mat Kilau, Kiai Salleh, Tok janggut dan sebagainya.

Parang terbang nak?

Jurus nak?

Dekat mana lagi kita boleh dengar manusia menunggang Harimau?

Bangsa Africa pun 'salute'. Misterinya..

Aku yakin di kepulauan nusantara ini wujud mereka-mereka yang menyimpan segala macam ilmu. Cuma mungkin ilmu ini tidak diturunkan sahaja. Jika ada antara kamu yang arif, aku mohon berkongsi tentang ini. Kita bukan berkongsi tentang sesuatu paranormal disini. Tetapi percayalah, kehebatan tamadun-tamadun serta pendekar-pendekar yang lalu punya alasan saintifik yang mana boleh diperjelaskan menerusi sains dan fizik.

5 comments:

emi riquelmi said...

manusia tunggan harimau..ya..

Cool said...

betul apa yg diperkatakan abg zul kita ni..tu tak kira lg ada yg pergi tunaikan haji kt tanah suci dan pd masa yg sama mengajar agama kt malaysia.
ada juga yg jadi sesat sbb ilmu yg ditimbanya terlalu tinggi dan dia tak dpt tampung,mungkin juga tak dpt bezakan antara hamba dan Tuhan..kesudahannya mengaku tuhan dan mengaku rasul.
kpd yg nak belaja tu, tak salah,carilah guru yg mursyid

Joe Moktar said...

emi: ke harimau yg tunggang manusia bro?

cool: mcm2 bro, lg tgk mcm2 terasa betapa luasnya ilmu x campur lg ilmu-ilmu yg kita sangka mustahil tp sbnrnya dah ada dgn kita sejak bkurun lama

Aziziorama said...

kau betul zul.

Joe Moktar said...

zi: aku tgh pk lg ni betul ke x?