Tuesday, April 21, 2009

All Maybank account holders

Di saran berhati-hati bila membuat pengeluaran wang menerusi mesin ATM. Bila kamu menekan nombor pin yang 6 digit itu, pemberitahuan 'nombor pin salah' akan terpapar di skrin.

Bila menekan nombor pin buat kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor 'xxx-xxxxxxx' terpapar di skrin.

Kononnya, jika kamu membuat panggilan, kamu akan kehilangan semua wang simpanan. Bayang jika ada RM10 ribu dalam simpanan?

Hangus lalu menelan air liur.

NOTA: Jika kamu mengalami masalah diatas, kamu dicadangkan agar tidak membuat panggilan tersebut. Khabarnya, pernah pelanggan membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan. Percaya atau tidak, terpulang pada penilaian sendiri.

Monday, April 20, 2009

Kadang-kadang kaki memang kelihatan menjejak tanah,
Walhal kalenjar kaki tidak merasa terpijak sebutir tanah pun.

Kadang-kadang anak mata menoleh ke atap langit,
Walhal terbayang bila hendaknya menjejak ke langit ke tujuh.

Kadang-kadang bila bersendiri terasa ditemani,
Walhal bila ramai terasa seorang diri.

Kadang-kadang mata memang melihat,
Walhal mata melihat kosong namun kosong yang dilihat sebenarnya berisi.

Kadang-kadang diri seperti diperhati,
Walhal jika hati menelusi yang memerhati, yang memerhati pula diperhati.

Kadang-kadang logik akal selalu nafi sesuatu,
Walhal bila logik hilang yang dinafi bisa terjadi.


Dalam hidup selalu terbit perkataan kadang-kadang, kadang-kadang itu, kadang-kadang ini. Bila wujud kadang-kadang, hati mula was-was, ragu-ragu. Sekejap boleh, sekejap lagi tidak. Tidak konsisten, tidak istiqomah.

Kadang-kadang yakin, kadang-kadang tidak. Susah juga jika kehidupan dipengaruhi unsur-unsur tertentu. Unsur-unsur yang bisa mempengaruhi jatuh bangun seseorang. Seperti pengaruh sang bulan mengambang yang menentukan naik surut air dilaut.

Aku bercakap dengan hati, hati tulus saja tapi nafsu tamak haloba.

Seperti bumbung langit diluar, langsung tidak nampak kawanan awan-awan puteh. Nampaknya semua tenggelam ditelan langit hitam kelabu. Yang puteh bisa saja tertimbus, yang hitam walau gelap tetap nampak walaupun kadang-kadang awan putih berselerak dilangit.

Sama juga manusia, kadang-kadang Shaolin, kadang-kadang evil. Yang baik susah hendak nampak sebab bila tangan kanannya memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Yang jahat pula sebaliknya. Maka terzalimlah mereka yang baik-baik ini dibuli oleh mereka-mereka yang jahat.

Kadang-kadang itu umpama sebuah roda yang berpusing. Masing-masing akan bertemu dengan takdir sendiri. Hidup memang kadang-kadang, kadang-kadang kau merasa aku pula terseksa, kau pula terseksa aku pula merasa.

Langit luas diluar merangsang ilham aku untuk menulis. Semuanya gara-gara, kadang-kadang!

Betullah, kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas!

Jika sebelum ini aku menikmati keselesaan, kesejukan dan segala kenyamanan yang menyumbang kepada sebuah kenyenyakan, kini, tidak lagi. PANASSSSS...

Bumi semakin panas!

Friday, April 17, 2009

Something to make you smile :)

During class, a teacher trying to teach a good manners, then she begin questions the student one by one..

"Aswad, if you were on date, having supper with a nice and beautiful young lady, how would you tell her that you have to go to the bathroom?" she asked..

"just a minute, i have to go piss."

The teacher replied, "that would be rude and impolite!"

What about you Hakim, how would you say it?"

"i am sorry, but i really need to go to the bathroom, i'll be right back!

The teacher responded, "that's better, but still not very nice to say the word bathroom in the table."

" ermm, and you Man Ketak aka Mr Muscle, are you able to use your intelligence for once and show us your good manners?"

"Darling, may i please be excused for a moment, i have to shake hands with a very dear friend of mine, whom i hope you'll get to meet after supper."

The teacher fainted...!

Saturday, April 11, 2009

Kenapa gua rasa aneh sangat minggu ini?

Sungguh aneh bila mata kiri asyik mengeyit. Bukan gua mengenyit nakal ke arah gadis, tapi mata gua mengenyit atau berkelip. Sekali sekala terasa kelopak mata kiri ini bergetar. Sekali dalam 3-4 hari gua tak hairan, tapi konsistensi yang ditampilkan oleh kelipan mata kiri gua yang membuatkan jiwa tipikal Melayu gua gundah gulana.

Ada makna ke?

Oleh sebab sudah dekat dua minggu mata kiri ini berjoget, gua pun dengan rasa ingin tahu terus 'hola' bonda. Gua telefon ke kampung tapi tiada bersahut. Sekali lagi gua 'hola' ke rumah masa maghrib.

Ayah gua angkat.

Borak punya borak, rupanya bukan mata gua seorang yang berjoget rupanya mata ayah gua pun 'crumping' sama. Ohh, gua tidak keseorangan.

Namun gua masih tak puas hati, gua 'hola' ke kampung lagi sekali. Borak pula dengan bonda. Bonda dengan 'wisdom'nya memetik kata-kata orang tua dulu-dulu, 'kalau benda baik minta Allah nampak-nampak kan, kalau musibah minta tolong jauh-jauh kan'.

Gua bukan apa, risau manalah tahu penyakit ke apa. Seteruk-teruk kejadian pun, gua terfikir ketika bangun tidur pagi tadi yang koordinasi kerdipan mata gua sudah lari, tidak seiring dengan mata kanan.

Selain beriman kepada qada' dan qadar, kadang-kadang gua rasa bahasa badan perlu juga kita halusi baik-baik. Tubuh badan berkomunikasi menerusi bahasanya sendiri, terpulang kepada pemahaman kita sendiri asalkan tiada unsur pergantungan kepada sesuatu yang kita sandarkan.

Jangan ingat tubuh badan ini tiada perasaan, tak percaya cuba tahan mata dari tidur. Tengoklah natijahnya besok hari, mata bila marah, semasa mesyuarat agung pun kita boleh terlelap.

Jadi jangan paksa dia sangat, agak-agak kalau dia penat, layu dan kuyu, dia minta rehat lah tu!

Selain itu, mungkin sebab asyik terfikir tentang 'law of attraction' semalam, membuatkan rasa ingin tahu gua bertambah-tambah sedangkan kalau setakat mata mengenyit begitu, brader-brader yang lepak dekat dataran merdeka dimalam minggu pun sama.

Lagi satu, gua sudah lama meninggalkan aktiviti-aktiviti yang keras sifatnya. Oleh itu, gua hairan kenapa kaki kiri gua boleh bengkak, pakej dengan lebam sekali. Bengkaknya montok semacam ayam KFC.

Gua redha, kalau kaki gua bengkak berserta alasan yang masuk akal, tapi bengkak ketika tidur itu memang aneh.

Takkan Hakim yang gigit, takkan Pakwad yang karate!

Sunday, April 5, 2009

Sesi pertemuan satu sama satu semalam membawa aku kepada sebuah cereka. Kamu juga mesti tahu, mungkin?

Sebuah kisah mengenai seorang gadis buta yang bernama Julie. Tiada sesiapa dalam hidupnya kecuali kekasih hati iaitu si Rumi. Alkisahnya, si Julie berasa bahagia dipertemukan dengan Rumi. Julie yang buta kedua-dua belah matanya di tatang bagai minyak yang penuh oleh Rumi.

Rumi sentiasa hadir menemani Julie, baik dikala senang mahupun susah. Rumi ikhlas sehingga tidak sekalipun pernah dia bersungut biar pun gadis yang ditatang itu tidak normal seperti gadis-gadis cantik yang lain.

Julie memang 'hot', kurangnya Julie hanya kerna tidak boleh melihat. Rumi pula tidaklah sehensem mana, tapi jiran-jiran sebelah rumah pernah cakap yang Rumi ni 'not so tall, dark and handsome!!!'

Bersyukur kerana dimanjai sedemikian rupa, Julie bersumpah, 'suatu masa kelak sekiranya aku bisa melihat lagi, aku hanya ingin melihat engkau Rumi, aku hanya mahu menjadi suri hati mu!!'

Soo sweettt!!!

Kata-kata manis Julie membuatkan Rumi tersenyum lebar, sehingga ke telinga Rumi menguntum senyum sehingga termimpi-mimpi melangkah ke gerbang perkahwinan. Sebagai lelaki yang sudah akil baligh dan berumur 27 tahun, Rumi hanya mampu bersabar.

Setelah menjalani rawatan, Julie akhirnya boleh melihat semula. Betapa berbunganya hati Julie kerna bisa melihat dunia semula. Maka, Rumi bakal menjadi insan pertama yang ingin ditatapnya. Peluang melihat Rumi adalah suatu yang ditunggu-tunggu oleh Julie.

'Sesudah engkau melihat aku, sudikah engkau menjadi isteriku???' Kata Rumi kepada Julie. Julie kenal suara itu, tanpa berlengah Julie berpaling ria ke arah belakang namun lara seketika kerna pria yang selama ini ditunggu rupa-rupanya seorang yang buta.

Julie hanya berdiam diri, kelu lidah tanpa suara. Rumi akhirnya ditinggalkan sendirian bersama titis air mata. Julie pula tidak dapat menerima hakikat si Rumi ialah seorang buta. Maka tinggallah Rumi bersendirian tanpa teman diwaktu laranya. Sunyinya sendiri, gelap pula pengganti teman.

Maka kecewa menonggenglah Rumi namun masih bisa bersabar atas ketentuan ilahi. Bak kata Rosyam Nor di LRT dalam K.L Menjerit, 'kalau dah jodoh, tak kemana!!!'. Kata-kata Rosyam Nor benar-benar memberi kekuatan kepada Rumi.

Suatu hari, Julie mendapat sepucuk surat. Ternyata, surat itu datangnya daripada Rumi. 'Aku harap engkau jagalah diri baik-baik, jagalah juga kedua-dua belah matamu itu elok-elok kerna sebelum mata itu menjadi milikmu, ia kepunyaan aku sebelumnya.'


Hakikat

Beginilah cara otak manusia bertukar apabila status berubah. Tidak ramai yang mengingati saat jatuh dan bangun, tidak ramai yang mengingati dengan siapa mereka bersama ketika perit sempit suatu ketika dulu.

Sebelum kita meneruskan niat untuk bercakap tentang sesuatu yang menyakitkan maka ingatlah mereka-mereka yang bisu.

Sebelum kita mengeluh kerna tidak cukup makanan, maka ingatlah mereka yang miskin lagi papa kedana.

Sebelum kita komplen tentang suami atau isteri, maka ingatlah diluar sana terwujud sekalian manusia yang menangis kepada Tuhan agar dipertemukan dengan cinta.

Kurang kasih sayanglah tu!

Sebelum kita merungut tentang kehidupan maka jangan dilupa ada insan-insan lain yang terlebih dahulu dijemput Izrail. Rajin-rajin dendangkan lagu ini, 'bila Izrail datang memanggil, jasad terkujur dipembaringan, seluruh tubuh akan menggigil...'

Sebelum kita merungut kerna terpaksa berjalan jauh merentas laluan sesak untuk ke tempat kerja maka ingatlah mereka-mereka yang hanya berjalan kaki.

Dan apabila kita merungut tentang letihnya berkerja, maka ingatlah mereka-mereka yang menganggur, mereka yang kurang upaya serta mereka-mereka yang begitu mengharapkan mereka berada di posisi kita.

Serius, aku tak ihklas berkerja semalam. Kepala duk asyik ingat tilam!

Tetapi, sebelum kita merancang untuk menyalahkan orang lain akibat ketidakpuasan hati maka ingatlah, tiada siapa yang sempurna. Kita hanyalah makhluk lemah yang sering melakukan dosa.
Apatah lagi jika kesalahan seseorang itu hanya kerna tersalah parking.

Konon-kononnyalah.

Gua baru terkena, terselit sehelai kertas putih comel dihiasi tulisan berwarna pink di wiper depan kereta gua. Indah benar penggunaan ayat, serta corak tulisannya. Berbunyi lebih kurang begini:

Woi bodoh!
lu igt parking lu punye sorg ke ha?
jgn sampai kete lu kene calar!!!

Pukimak hanjing!!!
Parking tepi2 la Pantek...

Dan apabila kita melalui saat-saat getir begini, maka cuba-cubalah senyum lebar sehingga ke telinga, pergi ke beranda dongak ke langit, tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Sekali sekala rajin-rajinlah jeling ke luar jendela manalah tahu terserempak dengan sasterawan negara yang menulis nukilan cinta seperti yang diatas.

Beliau bernasib baik tidak terserempak dengan aku ketika menukil bait-bait cinta diatas, beliau juga mungkin rasa aku bernasib baik tidak bertemu dengannya ketika itu. Tapi aku harus rasa yang beliau lebih bernasib baik tidak bertemu dengan aku dan harus waspada yang nukilannya itu tidak relevan langsung memandangkan aku meletak kereta ditempat yang betul.

Tempat parking didalam kotak, aku tidak park diluar kotak!Dan aku memang sedang marah!!!

Ke ada kawan-kawan saja nak dajal gua nih???

Thursday, March 26, 2009

Serius, semakin angka usia bertambah maka semakin bertambah jugalah rasa ketakutan dalam diri. Aku dapat merasa ketakutan yang pelbagai dalam setiap jejak langkah yang dituju. Tidak bermakna bila aku kata takut, aku adalah pengecut.

Sama sekali tidak!

Benar juga kata ayah, semakin kamu meningkat usia, semakin kamu takut. Pada awalnya memang aku tidak faham tentang kesahihan kata-kata ayah tetapi bila aku sendiri mula didatangi rasa-rasa tersebut, secara langsung hati ini mula mengiyakannya.

Seperti yang aku tegaskan di awal mukadimah diatas, bila aku kata takut, tidak juga ia memberi makna kecut, pengecut atau kecut perut. Tetapi apa yang aku cuba sampaikan disini ialah, definisi takut yang di sama maknakan dengan hati-hati atau bahasa mudahnya ialah aku lebih berhati-hati.

Kesinambungan dari entri sebelumnya, perasaan takut atau hati-hati ini mula menyinggah apabila kita sedar yang diri ini sudah melakukan terlalu banyak kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan. Dari situ, kita mula sedar yang kita seharusnya belajar dari setiap kesilapan yang telah kita buat agar tidak lagi diulang pada masa mendatang.

Atas alasan itu, aku mula menyedari yang aku seharusnya menjadi seorang insan berbanding menjadi manusia. Seorang insan akan menjadikan pengalaman lepas sebagai titik mula untuk menjadi seorang insan yang lebih sempurna sedangkan seorang manusia itu akan terus kekal dengan sifat manusianya yang berorientasikan sifat rakus lagi melulu.

Kini aku lebih berhati-hati. Namun, bila terlalu berhati-hati kadang-kadang dada ini sempit sehingga rasa gusar atau takut menguasai setiap geri. Ketakutan yang mendatang itu jika tidak disulam dengan rencah keyakinan akan membuatkan seseorang itu akan terus terpelosok di suatu ruang dimensi ciptaan sendiri.

Bagaimana ruang sempit bisa diterobos jika masih terus menerus berpendirian untuk terus diselimuti nikmat hidup yang selesa ala kadar lagi mendatar sahaja garis grafnya.

Makanya, tiadalah orang-orang Melayu yang kaya raya itu wujud jika benteng selesa itu tidak mereka terobos walhal dinding sempit itu bisa sahaja dipecahkan daranya oleh orang kebanyakan cuma memerlukan sedikit keyakinan bersemaikan sikap yang bersedia untuk mengambil sebarang risiko.

Payah hendak diterang mungkin kerna penggunaan bahasaku yang terlalu Melayu. Orang Melayu sifatnya berkias, sebab itu adanya pantun yang memberi makna dibalik pembayang.

Sambil kakiku terus menerus diketip sang nyamuk, aku tetap utuh duduk untuk menulis kerna aku akan menyesal jika ekspresi rasa ini hilang tanpa berjaya aku sampaikan.

Aku harap tiada yang menjadikan rasa takut atau berhati-hati tadi sebagai suatu halangan atau sempadan untuk terus menerobos ke hadapan. Berhati-hati tidak salah, yang salah jika takut tidak bertempat atau terlalu berhati sehingga kolam renang pun takut hendak direnangi risaukan sang buaya.

Kolam renang Shah Alam tiada buaya, jadi buat apa hendak risaukan si Bujang Senang!

Aku tidak pernah makan petai dan buah jering, teringin juga. Namun serunya masih tidak kunjung tiba. Ayah bilang, suatu hari aku mesti akan makan petai. Aku percaya sangat kata ayah, namun aku masih menunggu seruan tersebut.

Atau, daripada aku menunggu seruan, alangkah molek jika aku menyeru diri sendiri sebagai usaha. Atau, jika aku memilih untuk terus menerus menunggu seruan untuk makan petai dan buah jering, bagaimana pula jika seruan itu tidak kunjung tiba dan akhirnya sampai Izrail 'say hello' pun aku tidak sempat merasa.

Bukankah ketika itu sudah terlambat dan semestinya aku akan tergolong antara mereka-mereka yang kempunan.

Serius, pilihan ditangan kita.

Aku?

Aku harus cepat membuat keputusan kerna aku tidak berani jamin yang aku bisa hidup walaupun untuk lima minit lagi dan aku tahu yang Izrail tidak akan bersekongkol menangguhkan rutin hariannya untuk aku walau untuk satu saat hanya kerana petai dan jering.

Kamu?

Wednesday, March 25, 2009

Aku sudah biasa menempuh kegagalan. Walau bagaimana pun, aku tidak menjadikan kegagalan tersebut sebagai unsur halangan untuk aku bangkit semula. Kalau diikutkan, aku belum lagi layak untuk bertutur sebegini memandangkan aku sendiri masih lagi bertatih. Cuma, pada malam yang dingin sebegini aku terangsang untuk berkongsi sesuatu. Manalah tahu, ada yang terkesan bila membacanya.

Sesuatu yang aku perolehi sepanjang musim yang suram ialah, untuk meraih sesuatu yang kita tidak pernah dapat, kita harus melakukan sesuatu yang tidak pernah kita buat. kalau dulu, aku sering bersandar kepada nasib yang baik semata-mata, namun tetap jua malas berusaha untuk meraihnya.

Sekarang tidak lagi. Sikit-sikit tu adalah juga!

Untuk sampai ke puncak everest, kita perlu mengambil risiko untuk mendaki walau pun kita sedar yang kita akan berdepan dengan pelbagai kesukaran sepanjang tempoh pendakian tersebut. Maaf, entri ini sekadar ingatan buat diriku sendiri dan aku percaya ekspresi sebegini berupaya mengubah ‘chi’ atau menolak sebarang unsur negatif yang kadangkala suka merasuk dan bermanja dalam diri.

Apabila Tuhan menarik subsidi atau ‘loan’ yang dipinjamkan kepada kita, tidak bermakna kita sebagai peminjam atau ‘borrower’ telah disenarai hitamkan atau ‘blacklisted’ dan tidak juga itu boleh diistilahkan sebagai salah satu bentuk hukuman atau ‘punishment’ dari Tuhan.

Aku tidak gemar menyempitkan diri aku bahawasanya segala kegagalan itu adalah hukuman dari Tuhan, tetapi aku lebih gemar melihat ia sebagai suatu bentuk hikmah yang mungkin nanti bila sampai masanya kita tersedar yang Tuhan telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kononnya kita akan dapat di masa lepas. Kadang-kadang, kita mungkin rasa peluang pada masa lepas adalah yang terbaik tetapi sebenarnya mungkin tidak.

Mungkin?

Dalam bahasa mudah, ada sesuatu yang menanti kita pada masa hadapan yang mana hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sudah semestinya jika kita terus positif dan percaya, maka baik juga yang kita terima. Cuba kamu pantau pergerakan aku dan lihat pencapaian seterusnya. Itu pun dalam tempoh 10 tahun ye!

Lebat juga tutur kata aku malam ini. Manusia kadangkala memang sombong tapi tidak sedar hakikat sombong hanyalah milik Tuhan semata-mata.

Aku sendiri kadang-kadangnya sering teremosi bila mengenangkan peristiwa lepas, termenyesal tentang peluang yang pernah dimiliki namun walau macam mana sekali pun kita menyesal, masa tetap akan terus mara kehadapan tanpa menginjak ke belakang. Jadi, apa baiknya untuk kita mengenang peristiwa yang sudah menjadi sejarah melainkan mengenang untuk kita jadikan sebagai pedoman agar ia tidak lagi berulang dimasa akan datang.

Bak kata P.Ramlee, usah dikenang peristiwa lalu..jika dikenang, air mata berlinang! P.Ramlee cakap tuu..!

Maka kamu diluar sana dengarlah!

Dengarlah kerna aku yang menulis, ikut nasihat aku tapi usah ikut fi’il aku. Sudah semestinya aku ialah orang yang berpengalaman merasai kegagalan dan aku tidak mahu ada dikalangan kamu yang merasainya kerna manusia yang baik itu ialah manusia yang belajar menerusi kesilapan orang lain. Anggap saja aku sebagai salah satu mata-mata yang terkehadapan kerna bila mata sudahpun melihat lubang, kamu tidak terus jatuh ke lubang yang sama dimana tempat mata-mata itu jatuh.

Sudahlah, aku khuatir kamu kebosanan.

Aku sekadar berkongsi tentang apa yang aku rasa. Sebelum aku masuk tidur bemimpikan para bidadari, aku harap kamu mendapat sesuatu. Sekali sekala kalau bermuhasabah begini elok juga.Hari ini ketika kerja aku perasan yang aku sudah pandai mengukir senyum. Kadang-kadang, senyuman aku manja sampai ke telinga.

Aku tidak mengurat!

Daripada asyik bikin muka ketat, sekali sekala senyum apa salahnya. Cuba kamu senyum, sambil senyum pejamkan mata. Bila lelap, pasti Bidadari menyapa.