Thursday, April 30, 2009

Something To Make You Smile II

Al-kisah tersebutlah kisah seorang anak yang telah dihantar oleh ayahnya menuntut di Amerika demi menggalas impian untuk menggenggam segulung ijazah. Tetapi, selepas 15 tahun, si anak tak pernah lulus periksa.

Akhirnya, si ayah tak tahan menaggung beban wang lalu diseru olehnya ke pengetahuan si anak agar si anak tadi pulang ke Malaysia. Sepanjang perjalanan dari 'airport', si ayah hanya berdiam diri, senyap tanpa sepatah haram pun terpacul kata dari mulutnya.

(Tanda marah la tu!)

Si anak berasa tidak 'cool' dan cuba mencari idea, mengerah akal bagaimana untuk memulakan perbualan dengan si ayah agar si ayah tahu yang si anak telah 'gain something' dalam perkembangan teknologi. Dengan yakin si anak pun memulakan perbualan...


Anak: Ayah tahu tak? Mesti ayah tak tahukan! hehehehe..(buat lawak konon kelakarlah tu) Macam ni ayah, dekat Amerika tu, perkembangan teknologi cukup pesat sekali. Maju giler ayah sampai kalau nak buat sosej tak main sembelih-sembelih ni ayah!Buang kulit je pastu sumbat masuk dalam mesin, terus keluar sosej!

Ayah: Apa barang? Itu teknologi lapuk (bidas si ayah tegas). Dekat Malaysia ni, lagi canggih. Aku 28 tahun dahulu masuk sahaja sosej aku, dah keluar seekor lembu! Menyusahkan aku pulak tu!!!




Petikan dari journal Dr Badrul Amin...



Happy Labour Day!!!

Wednesday, April 29, 2009

Another Robbing Method

Seorang daripada rakan pejabat telah menyaksikan satu percubaan untuk merompak namun percubaan itu dikhabarkan gagal.



Lokasi: MMB, Jalan Taiping, Klang.

Modus Operandi: Seorang wanita yang kelihatan Melayu wajahnya akan membuang 'notes RM1.00' berhampiran tayar kereta. Selepas membuang wang kertas tersebut, dengan riak wajah tidak berdosa wanita tersebut akan mengetuk cermin kereta terbabit kononnya untuk memberitahu prospek mangsa yang berada didalam kereta.

Wang tercicirlah konon-kononnya.

Selang beberapa minit selepas itu, akan datang pula beberapa orang lelaki mengetuk cermin kereta juga akan menyatakan perkara sama. Lelaki-lelaki 'Arabian, Moroccan type' ini khabarnya datang secara berkumpulan. Prospek mangsa akan dirompak secara pantas sejurus membuka pintu kereta.




Moral: Kini, untuk menjadikan jenayah sebagai satu karier tetap memerlukan seseorang bakal penjenayah itu melalui silibus yang telah ditetapkan oleh badan induk bala penjenayah dunia. Antara kriteria tetap untuk 'survive' ialah kemampuan seseorang penjenayah itu untuk menampilkan mutu lakonan mantap kepada 'audience', atau 'target market' mereka. Prospek mangsa selalunya mudah tertipu dengan mutu lakonan cemerlang yang mereka pelajari ketika di akademi dahulu.

Selain itu, aku juga diberitahu khabarnya untuk menjadi penjenayah kelas A, mereka wajib lulus dengan cemerlang subjek 'Marketing'. Ini penting bagi memudahkan gerak kerja mereka kerna sebelum mula beroperasi disesuatu kawasan, mereka perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti potensi keuntungan sesuatu kawasan serta persaingan yang bakal mereka hadapi nanti.



Kepada pembaca yang budiman, jangan sangka air sungai yang tenang itu tiada Buaya, jangan nilai sebuah buku itu dari kulit luaran sahaja, jangan pandang sebelah mata kerna mereka ada dimana-mana, mereka sedang memerhatikan kita.

'Mencegah itu lebih baik dari merawat!'

Tuesday, April 28, 2009

The Diamond

Ramon 'The Diamond' Dekker


Salah seorang Nak Muay kesukaan aku. Aku masih ingat, VCD pertama perlawanan Tomoi yang pernah aku tonton ketika sekolah dulu adalah dari siri perlawanan si mesin pembunuh ini. Aku ingat kalau Buakaw dan Ramon berada pada era yang sama dan 'bergocoh' pula mengikut peraturan Muay Thai ketika masing-masingnya berada pada kemuncak prestasi jawapannya pasti meletup!


Tersembur-sembur kicap!
Khabarnya Buakaw Por Pramuk, Yodsanklai Fairtex dan John Wayne Parr bakal berkampung di Malaysia sedikit masa lagi. Jika benar bagai dikata, maka Malaysia bakal mencipta sejarah tersendiri. Aku hanya garu kepala antara suka dan kesima. Aku tabik dengan visi bakal penganjur yang berani mengundang jagoaan tersebut. Sememangnya untuk mengundang mereka pasti ibarat membakar duit dalam poket sendiri.


Yodsanklai Fairtex


Pernah juga aku bertanya Tuan Mussadik editor BoxxTomoi mengenai hal ini dulu. Menurutnya, untuk membawa masuk Buakaw sahaja mencecah puluhan ribu ringgit. Kena ingat, puluhan ribu itu hanya untuk membawa masuk sahaja dan tidak termasuk perbelanjaan yang lain.

Tabik 'spring' kepada mereka.


Buakaw Por Pramuk


John Wayne Parr (hujung sebelah kiri)


Aku tabik kerna faham yang sukan Muay ini bukan seperti sukan-sukan utama yang lain yang kita pasti ada peminat fanatiknya. Malah, aku percaya tidak sampai suku pun populasi dalam masyarakat Malaysia yang mengenali jagoan ini melainkan jika mereka merupakan peminat tegar sukan Muay. Mereka juga bukan bintang filem. Sebab itu sukan Muay hanya popular di daerah tertentu sahaja, itu pun yang bersempadan dengan siam.


Sayang jika jagoan dunia turun tetapi 'crowd' kurang.




Nota kaki: Sumber daripada Muay Thai Tiger dan Boksing Kelate

Monday, April 27, 2009


Sukar untuk mengembalikan semula sebuah motivasi yang sudah lama lenyap. Konsistensi yang aku jalani belum lagi sampai ke tahap regim seperti yang pernah aku lalui bertahun dulu. Ketika ini aku sekadar bersenam ala kadar. Tiada apa yang hendak dikejarkan sangat bisik hati aku.

Orang Kelantan kata 'sekodar'.

Untuk kembali cergas seperti dulu agak susah kerna kondisi badan sudah terbiasa dengan keadaan sekarang. Aku cuba mengekalkan momentum sedia ada, kerna keadaan aku kini jauh lebih baik berbanding kondisi aku 2-3 tahun yang lepas. Tetapi masih jauh ketinggalan berbanding diri aku 8-9 tahun yang lepas.


Regim kardiovaskular begini antara yang terbaik.


Cukup sekadar aku merindui saat menjalani rutin ala regim suatu ketika dahulu. Sampai tidak sedap badan jika tertinggal walau sehari. Kalau kata petang itu aku terlepas latihan, maka tengah malam sekali pun aku sanggup 'berdegang-berdegung'.

Aku rindu pada disiplin dan silibus yang aku sendiri reka. Memandangkan sekarang semuanya sudah lari, maka aku telah bertekad untuk kembali cergas seperti dahulu. Jangan jadikan kekurangan alatan itu sebagai alasan untuk tidak bersenam.


Petang-petang beriadah begini baru 'sweat and sweet'.


Walaupun kehidupan aku tidak sesihat mana, aku menyeru agar kita membudayakan kehidupan yang sihat. Bayangkan betapa sihatnya kehidupan bila kita bangun awal pagi dan sarapan, bersenam ringan seketika sebelum keluar berkerja. Tidur pula dalam kadar sederhana, petangnya pula keluar ke taman sambil beriadah. Malam pula bersantai dirumah. Alangkah sempurna hari aku!

Semuanya kalau dicongak tidak sampai suku pun dalam 24 jam. Mesti sempat punya!

Mungkin aku baru sedar yang Contender Asia hanya sekadar sebuah rancangan realiti. Tetapi aku juga tidak menafikan yang program berpaksikan keuntungan ini juga bisa menjadi pemangkin kepada 'Nak Muay' tempatan untuk pergi lebih jauh lagi. Ada antara 'Nak Muay' di atas yang sangat bagus pada hemat aku namun mungkin nasib sahaja yang tidak menyebelahi mereka untuk muncul di Contender Asia. Nama-nama seperti Tengku Shahrizal 'Kuda Merah', Kudin 'Raja Jerung', Iddie 'Selendang Kuning', dan beberapa lagi Nak Muay berbakat pasti tidak hanya memasang impian untuk ke Contender Asia.


Apalah sangat, betul tak?


Faizal 'Siku Emas' adalah antara 'the chosen one'. Beliau masih muda dan juga punya skill dan fizikal yang 'hentap' kata orang Kedah. Manakala, Bernard 'Headhunter' pula mendapat peluang kedua. Untuk ke Lumpinee, mungkin tidak. Dalam kondisi beliau sekarang, maka Contender Asia itu lebih sesuai kiranya berbanding Lumpinee. Kehadiran Bernard 'Headhunter' sekurang-kurangnya jika dipandang pada sudut yang positif bisa membuka mata bahawasanya sukan Muay ini adalah bersifat universal dan tidak hanya milik kepada rantau atau daerah tertentu sahaja. Harapnya, lebih ramai lagi 'Nak Muay' dari perairan Borneo akan lahir kelak.


Sokongan itu masih wajar diberi kepada mereka. Mengapa tidak?

Saturday, April 25, 2009

The Contender Asia



Faizal 'Siku Emas'


Sah!!!

Faizal 'Siku Emas' akan mewakili Malaysia dalam siri Contender Asia II setelah memenangi siri kelayakan Contender Asia Super 8 yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammed IV di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Bermakna, Faizal 'Siku Emas' akan mengiringi Bernard 'Headhunter' juga dari Malaysian Tigers untuk muncul di rancangan realiti sukan yang dijadualkan akan menjalani penggambaran di Malaysia tahun ini. Manakala, calon yang menjadi sebutan sebelum ini iaitu Tengku Shahrizal 'Kuda Merah' telah tewas mengejut kepada Alif 'Boxxwarriors'.


Bernard 'Headhunter'


Tengku Shahrizal 'Kuda Merah'


Kejutan dalam sukan adalah suatu perkara biasa namun kekalahan 'Nak Muay' yang lain untuk muncul ke gelanggang finale Contender Asia bukan noktah akhir dalam karier mereka. Kekalahan jika diserap dengan baik selalunya akan menjadi rangsangan kepada sebuah permulaan baru bagi memacu kuda-kuda mereka untuk pergi lebih jauh lagi.

Peluang melangkah ke siri akhir Contender Asia bakal menjadi platform ulung kepada kedua-dua wakil Malaysia untuk memaku nama mereka dalam peta Muay Thai dunia.

Hanya yang terbaik kita sandarkan kepada mereka. Chokkkk!!!


Nota Kaki: Sumber dipetik dari laman blog rasmi Boxxtomoi dan Malaysian Tigers.