Tuesday, December 9, 2008

Secara peribadinya, Aidiladha tahun ini merupakan perayaan yang diwarnai seribu satu macam warna buat aku. Aku terkesan dengan pelbagainya tragedi yang menimpa manusia. Dari peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, sehingga kepada perkara kematian.

Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Saat manusia sedang alpa terleka, ujian datang pengganti sebuah bicara.

Itu adalah bahasa Tuhan.

Manusia kadang-kadangnya tidak faham tentang sesuatu perkara, kenapa? Kerana manusia sifatnya pelupa ketika senang, masih juga lupa ketika susah. Sudah susah, buat-buat senang.

Tragedi yang menimpa bukan sekadar sebuah bicara malah ia lebih dari itu. Sebagai peringatan buat manusia-manusia yang terlupa agar senantiasa beringat siapa yang lebih besar.

Bagaimana agaknya ketika sangkakala Tuhan berbunyi?

Saat aku masih waras ini, sengaja aku abadikan coretan ini sebagai peringatan buat diriku sendiri. Jika Dia berkehendak, harta benda bisa terbang begitu sahaja.

Maka pinta sahaja darinya, kerna Dia pemberi rezeki, bukan kita. Maka rentetan dari sebuah tragedi, kata-kata ini pasti terucap, daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali!

Aku cuba untuk tidak lupa hakikat ini. Bak kata Upin dan Ipin, betul, betul, betul!!!

2 comments:

Junaidi Asmara said...

u've been tagged...layan sudah..

Anonymous said...

kata-kata ini pasti terucap, daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali!



ibuku yang pernah saya coretkan dalam blog telah dijemput kembali oleh TUAN PUNYA DUNIA ini pada 4 Dis 2008 yang lalu.