Tuesday, March 11, 2008

Azan dan Solat - kemana selepas itu?


Apa yang aku maksudkan? kurang periksa dimana aku mendengar ataupun aku melihat, namun kata-kata itu cukup terkesan menembak dadaku, al-kisah awal kehidupan bermula dengan azan bukan?..manakala penamatnya ialah solat bukan? azan dan solat ibarat bulan dan bintang, tidak terpisah keduanya, jika salah satunya tiada maka hilanglah serinya..aku menerongkah akan zat yang tersirat disebaliknya, benar sungguh bagai dikata, hidup ini singkat yang amat...sangat singkat...tiada niat untuk berkhutbah jauh sekali untuk memberi ceramah, aku bukan sesiapa...namun bilaku melihat cermin, aku sedar yang aku punya tanggungjawab untuk mengkhabarkan sesuatu yang aku rasa perlu untuk kita fikirkan bersama...tidak lama,hanya seberapa saat yang kamu sendiri perlukan..tiada paksaan..bermulanya begini, azan adalah seruan suci pertama yang dilaung pada telinga bayi yang baru dilahirkan, bayi yang suci, bersih tanpa noda...bertujuan yang tiada lain hanyalah agar laungan ini menjadi seruan takbir pertama yang didengar justeru mengiringi awal kehidupan, walhal samada sedar atau tidak apabila mati kelak, solatlah yang menjadi pengiring terakhir..aduhai singkatnya kehidupan, hidup diantara azan dan solat...aku menyeru agar sama-sama kita renungi, hayati akan hakikat kehidupan..siapa yang dapat menghalang kematian? sesungguhnya kematian itu akan tiba bila sampai waktunya, tidak ia cepat mahupun lambat, tapi yang pasti datangnya tepat..dimana kita selepas solat itu?kemana pula selepasnya?ianya kuat bermain diminda ku yang kotor, penuh tinta hitam..lalu berbicara dengan cerminku, apakah aku masih wujud untuk 10 tahun yang akan datang? apakah sempat untuk ku bertaubat? adakah ada yang berani memberi jaminan bahawasanya mereka akan hidup sehingga ke hari tua?bermimpi untuk hidup hingga ke hari tua,untuk seminit yang akan datang pun belum pasti kita akan hidup..ku acu pistol ku yang berpeluru...aku terkena tembakannya!

No comments: