

Ketika menyusuri lebuhraya persekutuan semalam, gua terpandang imej seperti yang di atas. Nampaknya promo filem Ong Bak 2 sudah pun bermula. Semestinya gua adalah antara mereka-mereka yang di ulit segala fantasi dan imaginasi gah untuk menjadi pahlawan atau 'fighter' yang menyelesaikan konflik dalam konteks yang lebih realistik.
Realistik disini bermaksud unsur nyata. Mustahil gua boleh menjadi Superman. Kalau boleh pun, gua akan melakukan sedikit transformasi pada kostumnya. Gua malu mengenakan 'spender' merah diluar. 'Spender' kalau menurut budaya kita pakai di dalam sebab itu kita panggil seluar dalam.
Lebih melayu kalau tidak berbaju macam Tony Jaa sebab orang melayu budaya asalnya memang tak pakai baju. Malu weh dekat orang tua, lagi pun tak masjid kalau pakai 'spender-spender' ni!
Selepas kejayaan filem Ong Bak, diikuti pula dengan filem Tom Yum Goong, gua percaya ramai peminat Tony Jaa termasuk gua sendiri mengharapkan sesuatu yang lebih lagi dari filem yang sebelumnya.
Agak lama juga Tony menyepi, terdetik juga dalam hati 'hidup lagi mamat ni rupenye'!!
Kepada peminat-peminat Muay, 'KL Superfight' bakal diadakan pada januari tahun hadapan. Kepada yang berminat, jangan lupa layari blog rasmi BoxxTomoi yang terpaut atas nama 'kawanboxx' di laman blog gua. Semestinya keghairahan menonton filem Ong Bak tidak akan sama dengan menonton pertempuran secara 'live' oleh 'Nak Muay' profesional.
Sokongan anda, amatlah dihargai. Sekurang-kurangnya Malaysia punya potensi untuk melahirkan 'nak Muay' bertaraf dunia.
Sekadar selingan, gua telah di tag secara bersahaja oleh sahabat gua iaitu 'Junaidi Asmara'. Jangan tanya gua mana datangnya 'Asmara' tu! Baru gua faham apa mainan 'tag-tag' ini! Sebelum ini gua tertanya-tanya juga apa yang di istilahkan sebagai 'tag mentagging ni'. Insya'Allah, jika ada kesempatan gua cuba layan mainan 'tag mentagging' ini.
Siapa gua nak tag ni?