Wednesday, April 22, 2009



Siapa tidak kenal raut wajah di atas, figura yang suatu ketika dahulu pernah memukau hati para peminat tegar tinju dunia termasuk juga aku. Biar dihimpit dengan pelbagai kontroversi, wajah bengis ini masih unggul sebagai salah seorang lagenda tinju dunia.

Tiada yang menghairankan, sememangnya Tyson seorang yang nakal. Aku kira Tyson antara manusia yang bertuah kerna diberi peluang serta di anugerahkan bakat oleh Tuhan sebagai peninju. Setidak-tidaknya, Tyson sempat merasa kehidupan serba mewah berbanding saudara sebangsanya yang ramai lagi tersembam atas nama survival.

Jika tidak kerna sukan tinju, tidak mustahil Tyson akan mengedar dadah, menjual senjata api, paling kurang pun jadi 'Tiger' Tupac dan Snoop. Persepsi yang sinonim dengan kaum kulit hitam di Amerika.

Prejudis, rasis ada dimana-mana. Sentimen ini mungkin akan luput jika manusia sepakat untuk bersyahadah, berkongsi objektif dan misi. Setakat ini, toleransi sahaja sudah memadai.

Kekuatan buku lima Tyson khabarnya mampu merebahkan seekor kerbau jantan. Itu mungkin ketika era kemuncaknya. Ternyata gerun telinga yang mendengar apatah lagi pada mata yang melihat.

Anaconda pun takut nak belit engkau!

Walau apa pun, era kemuncaknya sudah pun berlalu. Mungkin dia pernah lupa yang hidup ini dilingkari dengan 'kadang-kadang'. Kadang-kadang diatas, sampai masa terjelepuk lalu gugur ke bawah.

Kalau engkau faham bahasa melayu, mesti engkau nangis baca entri aku. Sebagai peminat tegar, aku mengizinkan engkau untuk makan sepuas-puasnya sebab aku faham suatu ketika dulu engkau tidak berpeluang untuk menikmati nikmat sebenar makan, bangkit tidur lambat, berlingkar dikatil sampai matahari naik.


Tapi mengapa sampai jadi begini Tyson?




No comments: