Sunday, March 16, 2008

Imaginasi aku dan kamu

Sebelum aku melangkah keluar ke fakulti, suka untuk ku berkongsi bersama kamu tentang satu perkara. Situasinya begini, sejak malam lagi aku dan kamu bervisualisasi akan kedinginan angin di tepi pantai. Kelihatan aku dan kamu mendesah kedinginan yang bertembung kehangatan unggun api yang bukan main susah lagi untuk kita nyalakan sebelum itu. Ada yang berbaring, ada yang duduk dan ada yang berdiri. Tiba-tiba kelihatannya aku sedang berdiri, dihadapan ku pula terhidang lazat ikan bakar, udang galah segar selebar bahu kamu mungkin, kerang bakar berserta pelbagai lagi sajian laut yang kamu visualkan sendiri. Sememangnya makanan laut merupakan sajian tetap di tepi pantai nan indah. Dalam visual itu, aku ternampak kamu-kamu sedang ketawa riang, terukir senyuman menjangkau ke telinga, ditambah lagi dengan alunan merdu hasil petikan gitar kapok oleh salah seorang daripada kamu, ditambah lagi dengan bunyian keras alunan ombak memukul pantai, menambahkan lagi keasyikan pada malam itu. Namun malam tidak berakhir begitu sahaja, ada satu lagi pengisian yang tidak boleh tidak, wajib untuk diselitkan bersama slot-slot yang ada, iaitu "karok" satu sesi penamat sebagai santapan buat anak tekak sebelum aku meninggalkan kamu dan kamu meninggalkan aku, pergi menuju hala masing-masing. Hujung bulan ini mungkin? Oh tidak, aku punya urusan waktu itu. Satu imaginasi dan visualisasi yang aku dan rakan-rakanku angankan sebelum masuk tidur malam tadi. Sedang mereka terus tidur, aku masih berjaga.

No comments: