Sunday, March 16, 2008

..Ombak Nan Deras, Pulau Nan Indah...


Suatu ketika dulu aku pernah menyelam disebuah laut yang indah nan luas, tetapi tidaklah sehingga sampai ke dasarnya namun aku berpeluang menyaksikan betapa cantiknya kehidupan yang mendiami laut itu. Keindahan yang tiada tolok bandingnya ku rasa. Keasyikan yang sehingga kini masih terbayang jelas di minda. Aku merindui perasaan itu. Sungguh asyik, seasyik ku melihat Shakira bergelek. Mungkin sinis perumpamaannya, membandingkan kehidupan laut itu dengan Shakira, tapi aku bersandar kepada beberapa alasan. Pertamanya mungkin, kehidupan yang indah secantik senorita itu. Keduanya mungkin, alunan ombak sehebat goyangan pinggulnya. Ketiganya mungkin, aku hampir lemas tertelan air laut itu seperti mana aku tertelan air liur melihat figura idamanku itu. Rindu ingin ke situ lagi, perancangannya sudah ada. Cuma mungkin masa sudah berpaling dariku. Namun, jika masa menyebelahiku nanti, aku menetapkan hukum wajib untukku pergi berseorangan, aku tidak perlukan teman, kerna disana nanti ku pasti ada yang menunggu. Hampir sahaja aku tewas di lautan itu, memandang rendah keupayaannya mungkin. tapi kali ini, kau akan ku tawan. Dan disaat aku merasa keberjayaannya, akan ku raikan saat gumbira itu bersama bulan penuh dimalam hari. Tunggu sahaja kedatanganku, satu hari itu akan tiba jua untuk ku menziarahimu.

No comments: