Saturday, March 15, 2008

...15 Daripada 10...


Syukur, satu perkataan yang mencerminkan perasaan ku kala ini. Dia memang sandaran paling sempurna, paling agung, mengatasi segala-galanya disaat hambanya sedang mondos begini. Panduannya ku ikut menerusi gerak hati, hidayahnya ku fahami mengikut gerak rasa. Alangkah lamanya perasaan ini lenyap dariku. Disaat aku pergi jauh meninggalkannya, dia tetap datang memberi cahaya, cuma melalui dimensi yang berbeza mengikut kefahamanku sendiri. Walau apa pun, agenda sudah pun selesai dengan jayanya. Fasa pertama AlifBaTa berakhir sudah, dan kemungkinannya akan menemui kembali permata-permata itu diakhir bulan ini. Aku hanya pemudah cara, bukan seorang nakhoda yang mengerah keringat anak-anak kapalku. Syukur sekali lagi ke hadratnya, menemukan aku kepada suatu landasan baru. Skala ku kini ialah 15/10..

No comments: