Friday, March 14, 2008

Saatku Berkesandaran

Berdebar juga saat menunggu esok tiba, hendak tidur terasa sayangnya, seolah-olah tidak mahu mensia-siakan malam yang indah dan tenang sebegini. Peluang yang bukan datang selalu. Aku sememangnya menikmati saat-saat malam nan sepi. Keseorangan ditemani angin sesepoi bahasa, langit pula bersinar dek cahaya bintang, indah bukan? Seindah perasaan yang ku alami kini. Menulis begini membuatkan ku leka seketika, sesekali telinga memberi reaksi spontan kepada bunyi-bunyian nyanyian sekumpulan penunggu malam, terganggu konsentrasiku seketika. Biarkan saja bisik suara hati, mereka juga ingin berseronok. Kembali kepada agenda yang bakal berlaku esok hari, sebenarnya ada tanggungjawab yang perlu ku galas esok hari. walaupun tidak mahu menyusahkan minda namun terpaksa jua beralah melayani kegundahan jiwa justeru mengatasi keinginan minda untuk memberi reaksi kepada tuntutan mata. Tiba-tiba bahu terasa beban memikirkan saat esok hari. Semoga tuhan memberi seribu kekuatan saatku berdepan permata-permata itu. Mereka itu permata, malah ada diantaranya bukan sebarangan permata. Tersilap langkah, kilauan permatanya bisa membutakan mata. Pistol ku acu tanda sedia!

No comments: