Thursday, March 13, 2008

BBB


Hari ini, khamis 13 Mac merupakan diantara satu hari yang paling istimewa buatku, bukan sahaja aku, malah rakan-rakan lain seperti Hakim, Amad, Emi, Azizi, dan juga Fareezan turut merasakannya. Betapa kami meraikan dan menghayati saat-saat terindah sebentar tadi sehingga tak terluah dek kata-kata. Hari ini memberi seribu satu makna kepada kami yang mana hasil kerja bagi subjek Audio Visual diberikan perhatian dan penghargaan oleh pensyarah kami iaitu Nik Ramzi Nik Hassan. Pertama kali kami berasa bangga diatas segala komplimen yang diberikan menerusi video kami bertajuk BUKAN BERITA BIASA (BBB). 100% komitmen telah dicurahkan oleh semua rakan-rakan yang ku sebut diatas kerana diatas hasil usaha tanpa kompromi, kerjasama, serta kebersamaan yang disumbangkan, ditambah lagi dengan hubungan erat yang sedia terjalin menjadikan BBB sebuah karya yang wajar diberi perhatian. Sebenarnya, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada projek ini atas pelbagai sebab, pertamanya ialah gerak kerja hanya berjalan sebelum tarikh hantar. Kedua, kami dihimpit masalah bajet. Ketiga, masalah cuaca yang sering tidak mengizinkan. Keempat, berlakunya masalah dari segi teknikal. Dan kelima, masalah dari segi audio. Namun, atas semangat serta keikhlasan dari semua tenaga kerja, hasilnya baik sekali. Memang diakui, BBB punya banyak kelemahan dari sudut profesional seperti kelemahan dari sudut suntingan, teknik kamera dan sebagainya namun dari sudut pelajar iaitu mereka yang masih belajar BBB wajar untuk kami banggakan. Bukanlah aku menulis untuk mendabik dada atau memberi pujian melangit kepada rakan-rakan, namun pelajaran yang aku kutip semasa pembikinan projek ini ialah bagaimana sikap saling bertolak ansur, hormat- menghormati pandangan orang lain, serta kebersamaan dalam satu gerak kerja mampu melahirkan karya yang baik. Apa yang aku maksudkan ialah bagaimana kami berkerja tanpa tekanan hasil daripada suasana keseimbangan dan keharmonian ketika pengambaran dilakukan. Tiada hipokrasi, tidak perlu skrip yang mampan, hanya garis panduan yang dijadikan kayu sebagai pengukur dalam menjayakan BBB. Aku sememangnya berbangga menjadi sebahagian daripada tenaga kerja bagi JUST CLICK PRODUCTION, satu produksi hebat yang dianggotai oleh mereka-mereka yang amat berbakat, kesemuanya kreatif, kritis dan memiliki kemahiran masing-masing. Apabila kesemua kemahiran ini bersatu, maka semuanya menjadi sempurna. Setiap lubang-lubang kecil dalam produksi tertimbus dek penyatuan elemen-elemen ini. Sejuta penghargaan sekali lagi aku dedikasikan khas buat Hakim, Emi, Azizi, Fareezan dan juga Amad kerana berusaha keras dan bersusah payah dalam menjayakan BBB. Tidak lupa juga seribu penghargaan aku tujukan kepada Pak Wad kerana banyak membantu dari aspek pengangkutan dan sokongan moral, terima kasih juga kepada saudara Juon yang memberi tunjuk ajar semasa proses penyuntingan dilakukan. Tanpa insan-insan kreatif lagi berbakat ini tidak mungkin aku akan mengalami suatu perasaan yang indah sebegini. Perasaan yang bisa mencetuskan semangat serta pemangkin kepada motivasi diri terutamanya ketika aku berada disaat polos begini. Ku tarik picu pistol ku, pelurunya menembak laju.

No comments: