Bukan senang untuk menagih kepercayaan, terutamanya jika kepercayaan itu datangnya daripada mereka-mereka yang aku kira sebagai lebih berpengalaman daripada aku. Berpengalaman yang aku maksudkan bukanlah pengalaman-pengalaman yang dikutip di tengah jalan tetapi pengalaman yang diperolehi secara formal melalui organisasi-organisasi tertentu ataupun boleh ku sifatkan sebagai mereka-mereka yang berpengetahuan dalam bidang yang aku terjuni sekarang. Jika dibuat perbandingan, aku juga berpengalaman, pelbagai rencah kehidupan telah ku rasa, pelbagai lorong lurus mahupun berbengkok telah ku lalui namun itu semua ku kutip sedikit demi sedikit secara tidak formal. Segala susun atur dalam sesebuah organisasi baik dari segi pentadbiran, tatakerja dan pelbagai lagi aspek-aspek yang formal dalam sesuatu gerak kerja masih banyak yang perlu aku perbaiki. Aku memerlukan masa untuk menyesuaikan diriku dengan suasana yang formal begini. Agaknya terlalu lama hidup dalam buangan, hidup dipersimpangan, hidup ditengah kekalutan sosial menjadikan aku takut dalam terang namun ligat kala gelap tiba. Dalam sesebuah organisasi adalah penting untuk kita mengetahui sesuatu skop kerja atau portfolio terutama sekali mengenai perkara-perkara yang melibatkan jabatan yang kita terajui. Aku optimis terhadap tanggujawab yang ku pikul, sesuatu tanggugjawab yang diberi adalah bukti kepada kebolehan yang aku ada, dan terpulang kepada aku sendiri selepas ini untuk membalas balik kepercayaan itu. Aku amat fokus pada masa ini, semangat yang tiba-tiba menerjah roh ku tanpa ku ketahui dari mana datangnya benar-benar membantu dan tentunya semangat yang hadir ini menjadi pemangkin kepada tahap naik turun motivasiku. Walau apa sekalipun, aku memerlukan mereka-mereka ini untuk terus memberi sokongan kepadaku. Wadah ini amat suci sekali, landasan yang tepat untuk ku berlabuh, untuk ku bergerak, untuk ku berkongsi kepada mereka-mereka diluar sana yang mungkin sudah tersurat atau tersirat akan menerima payungku dan sebagai pertukarannya, aku menerima sesuatu yang baru. Seribu penghargaan khas buat para GB sekalian kerna memberi persepsi yang membina terhadapku, kusedar aku punya sesuatu, cuma mungkin aku memerlukan beberapa lagi fasa untukku melompat lebih tinggi, aku memerlukan sedikit masa untuk meneliti, untuk memerhati agar aku bisa berlari laju. Landasannya sudah ku temui, molek benar untukku singgah. Cuma pinjamkan aku sedikit masa, agar ianya menjadi darah daging ku seterusnya bisa menjadi payung buat mereka-mereka yang ingin berteduh. Insya’Allah, masa yang ku pinjam akan ku pulang kembali. Ku acu pistolku yang berpeluru…
Thursday, March 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment