Assalamualaikum, aku baru sahaja menghadiri satu kemesyuaratan bersama para family dihadapan post guard kepulauan Puncak Perdana. Ada perkara penting yang hendak mereka sampaikan kepada aku. Sudah semestinya untuk meyerahkan sekelumit tanggungjawab kepada aku. Kalau aku tegaskan sebagai tanggungjawab, sudah pasti berat. Tidak kira apa jua amanah sekalipun, semuanya perlu dipertanggunjawabkan sesempurna mungkin. Aku cuma berharap agar aku mampu untuk memikulnya. Ketika ini suasana agak tegang, lebih-lebih lagi dateline bagi projek-projek akhir diikuti final exam semakin menghampiri. Aku seperti biasa, menghadapinya dengan senyuman. Harus positif terhadap apa jua halangan. Ketenangan merupakan kunci kepada penyelesaian terhadap setiap permasalahan, Kembali kepada projek akhir yang kuceritakan tadi, setelah melalui perbincangan secara musyawarah sesama kami, Just Click Production dengan ini berbesar hati akan memulakan langkah awal dengan melakukan kerja-kerja penggambaran bagi projek short film yang akan bermula esok pagi sekitar jam 9. Lokasi yang sudah pun dipersetujui untuk proses rakaman kali ini ialah di sekitar Kuala Lumpur. Nampaknya masing-masing begitu teruja sekali. Aku sendiri secara peribadi begitu kagum dengan plot dan sinopsis cerita yang dirangka oleh double H. Begitu menarik sekali. Cuma mengharapkan agar shot-shot yang dirancang menjadi. Dalam short film, shot kamera memainkan peranan yang penting apatah lagi bagi penceritaan yang kurang menggunakan dialog seperti ini. Apatah lagi kami sering berhadapan dengan masalah audio jadi penekanan kepada ekspresi muka memainkan peranan bagi menyampaikan mesej yang hendak diketengahkan. Aku tidak berlakon disini. Aku kira lebih afdhal andai aku lebih fokus pada kerja-kerja dibelakang tabir. Projek ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan memandangkan ianya akan dipertandingkan kelak. Melihatkan semangat yang ada dalam diri masing-masing, aku percaya karya eksprimental ini mampu dingkat lebih tinggi lagi. Ku lihat muka-muka itu sungguh teruja serta tidak sabar untuk memulakan penggambaran esok. Penggambaran akan dimulakan dengan scene-scene tertentu sahaja. Manakala selebihnya mungkin akan ditangguhkan pada minggu hadapan. Akusandarkan kerpercayaaan kepada kemampuan saudaraku Hakim untuk memikul amanah ini. Dia ada pesona dan juga karisma untuk memegang watak utama ini. Semoga segalanya berjalan lancar esok pagi. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk berdoa agar saudaraku Hakim akan benar-benar menunjukkan belangnya ketika penggambaran esok. Betapa dia memerlukan sedikit suntikan tonik memandangkan keadaannya yang agak polos dan mondos kesan beberapa peristiwa yang berlaku semenjak dua ini. Ku harap juga para majlis syura Just Click Production akan terus memberi sokongan yang jitu kepada masing-masing. sesungguhnya kita amat memerlukan antara satu sama lain disini. Inginku tegaskan agar semuanya berjalan dalam suasana kekeluargaan dan kebersamaan. Sampai disini sahaja buat entri kali ini. Aku memerlukan tidur yang cukup untuk bekerja besok. Manakala yang lainnya sudah pun karam didasar lautan yang luas. Selimutku memanggil-manggil disitu. Aku harus segera ke sana. Wallahua'lam Bissawab.
Monday, March 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment