Semalam aku tidak memberi ruang langsung kepada keinginanku untuk menulis disini. Sejurus kepulanganku ke rumah sekitar jam 2.45 pagi selepas selesai penggambaran bagi Short Film yang aku ceritakan pada entri sebelumnya, aku segera bersiap lalu turut tidur bersama rakan-rakan yang lain. Mana tidaknya, jam 9 pagi nanti ada kelas yang wajib aku hadiri. Sekiranya aku tidak terus tidur, kebarangkalian untuk roh ku bersama sekali didalam majlis ilmu itu tipis sekali. Memang jasadku hadir, tapi roh melayang ke tempat lain menembusi dinding-dinding itu. Aku harus bersiap, jika tidak pasti lambat nanti. Maklumlah, aku antara insan bertuah yang sering mendapat peluang untuk menjawab soalan nanti. Perkembangan selanjutnya, aku ceritakan pada entri yang baru selepas habis kelas nanti.
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment