Semalam, sekitar jam 11 pagi kami sampai ke lokasi yang dituju. Perancangannya ialah untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai latar bagi projek short film ini. Central Market Kuala Lumpur menjadi check point pertama yang kami singgahi. Awan yang cerah pada awalnya, tiba-tiba memuntahkan hujan bak butiran peluru. Seperti yang semua sedia maklum, JCP hanyalah sebuah produksi kecil yang serba serbi kekurangan baik dari segi bajet sehingga ke peralatan teknikal. Namun, itu semua bukan isu serius bak kata orang, alah bisa tegal biasa kerna para penggempurnya begitu komited sekali. Hujan yang turun lebat sehingga membasahi bumi Kuala Lumpur ketika itu bukanlah alasan jitu untuk menangguhkan penggambaran. Sebaliknya, idea terus dijana dengan mempergunakan segala kesukaran untuk diselarikan dengan plot cerita. Semua sepakat, penggambaran harus jua diteruskan walaupun hujan lebat. Tripod terus dipacak sambil seorang memayungi kamera agar si jurukamera selesa mengambil shot yang sesuai manakala talent bersahaja menghadap hujan lebat lalu mengambil posisi dilaluan tengah antara banggunan CM dan KFC. Ketika itu semua mata memberi tumpuan ke arah kami, yang ada hanyalah talent bersama beberapa krew yang kelihatan. goyah juga seketika. Manakala orang ramai yang lainnya semua berteduh dibalik rumah-rumah kedai serta berada didalam banggunan CM itu sendiri dan tidak dicampur dengan mereka-mereka yang lalu lalang berjalan menuju destinasi masing-masing. Kerja penggambaran berlangsung dengan baik sekali. Orang ramai kelihatannya memberi perhatian penuh disaat penggambaran berlangsung. semuanya diam, dan bertindak sebagai pemerhati, mungkin kagum agaknya dengan keselambaan talent yang bermain dengan hujan. Itu hanya pendapat aku. Aku lihat ramai yang tersenyum, tidak kurang juga terdapat beberapa kali cubaan untuk mencapap dikalangan warga asing terutamanya. Sungguh kelakar sekali. Kami hanya tergelak sesama sendiri. Sebenarnya masyarakat awam disitu sudah terbiasa dengan keadaan ini. Maklumlah, CM telah bertahun lamanya menjadi lokasi penting serta tumpuan kepada orang-orang seni. Jadi tidak hairanlah jika mereka seolah-olah memberikan kerjasama. Kami berkampung disitu sehingga jam 4 petang dan ketika itu awan masih lagi memuntahkan hujan. Semua kebasahan, apa lagi talent yang sentiasa berada dibawah hamparan butiran hujan itu, bertubi-tubi tembakan peluru hujan itu menembak tubuhnya. Aku Salute dengan komitmen yang diberikan. Aku sendiri berpuas hati terhadap setiap shot-shot yang diambil. Apa yang dikuatirkan semua mungkin tentang hasilnya nanti. Adakah sama seperti yang dilihat menerusi anak mata, sedangkan mata kamera murah kami berbeza. Selesai proses penggambaran dilokasi pertama, tepat jam 5 petang kami bergerak ke lokasi yang lain pula. Fasa kedua pula menjadikan Bukit Bintang sebagai lokasi seterusnya. Pengambaran dilokasi kedua juga tidak mengalami apa-apa masalah berbangkit. Sekadar satu scene sahaja yang diambil disitu. Memandangkan suasana sekitar tersangatlah bising mencengkam telinga, lebih elok andai tiada lagi scene disitu. Kami risau berlakunya masalah audio nanti. Masa selainnya digunakan penuh untuk berehat makan sambil berbincang mengenai agenda seterusnya. Aku pula menikmati keenakan sandwich di KFC Sungei Wang, satu-satunya cawangan KFC yang menyediakan hidangan sandwich. Sekiranya berminat ingin mencuba, silalah ke sana. Selesai makan, kami berjalan-jalan meninjau suasana sambil mencuci mata yang tiba-tiba terasa gatal untuk digaru. Pemandangan sekitar BB sememangnya hangat seperti selalu justeru mengimbau nostalgia lama ketika muda-muda remaja dulu. Seterusnya, sesudah melalui perbincangan, kami sepakat berangkat pulang ke Puncak Perdana sekitar selepas maghrib. Lagipun bateri kamera juga perlu di caj semula. Sebagai bukti komitmen yang tidak berbelah bahagi antara kami, tepat jam 10 malam kami sepakat untuk keluar semula bagi meneruskan sesi penggambaran bagi fasa ketiga. Memanglah penat, namun kebersamaan itulah yang menjadi sumber kepada kekuatan kami. Lokasi yang menjadi pilihan pada malam itu ialah sekitar seksyen 13 Shah Alam. Seperti yang lainnya, proses penggambaran disini juga tidak mengalami sebarang masalah. Cuma mungkin masing-masingnya sudah kepenatan kerna seharian berada di set pengambaran disamping seharian meneroka ceruk lorong KL untuk mencari lokasi yang sesuai. Kalau diikutkan, scene yang diambil tidaklah banyak, cuma ketelitian yang mengharuskan setiap shot-shot itu diulang rakam. Ini penting sebagai langkah berjaga-jaga sebagai back-up kepada shot-shot yang ada. Andai sekiranya ada shot yang tidak menjadi maka ada lagi shot yang sedia menanti. Creative work sebegini sememangnya memerlukan pengendalian yang cukup teliti. Setiap kekurangan yang dikenal pasti itu harus diganti dengan mencari titik kekuatan lain sebagai ganti. Begitu juga kami, dengan bermodalkan bajet yang kecil dan props yang sederhana maka setiap shot yang diambil harus baik dari segi sudut rakamannya, malah, mutu lakonan juga sangat dititik berat agar penonton memahami mesej yang hendak disampaikan. Kekuatan inilah yang hendak JCP cuba tampilkan kepada penonton yang melihat akan nanti. Lagipun zaman ini, semua orang sudah tahu mengkritik. Hatta orang kebanyakan juga sudah bijak untuk menilai sesuatu mutu cerita, apatah lagi kelompok yang mendalami seni ini. JCP juga tidaklah mahu membuat sekadar ala kadar sahaja. Namun tidaklah kami terdesak untuk mengharapkan yang terbaik cuma kami senang jika hasil kerja itu sampai mesejnya. Kalian juga harus faham dengan kondisi yang kami hadapi. Cuma apa yang aku ingin tekankan ialah, jika dilihat dari sudut anak mata kami, segalanya agak baik. Namun tidaklah secermerlang sebagaimana profesional, dan hasilnya nanti juga bergantung kepada kemampuan peralatan teknikal kami yang sangatlah daif itu. Walau bagaimana pun harapan masih ada, setiap pekara jika dilakukan dengan tulus, semestinya memberi pulangan yang positif. Andai boleh ku simpulkan, kerja-kerja kreatif sebegini terutamanya yang melibatkan produksi semestinya memerlukan kerjasama yang jitu. Masing-masing mempunyai idea yang tersendiri. Namun, tidak semua idea itu boleh diterima dalam penghasilan sesuatu produk. Fasa yang sama juga kami lalui. Ada antara idea serta buah fikiran yang gagal diterima oleh rakan yang lain. Pertelingkahan sememangnya sukar sekali dielak. Namun aku kira kita wajar menjadikan situasi itu sebagai sesuatu yang positif. Sesungguhnya, berlainan pendapat itu tidak salah, yang salah cuma kita yang sukar menerima pendapat orang lain. Pendekatan yang berhemah perlu dalam menangani situasi ini, kerna dalam menghalusi setiap idea memerlukan kebersamaan sesama rakan sekerja. Sesudah itu barulah selesa dalam memutuskan keputusan yang akan diguna pakai kelak. Jika bertelingkah, anggaplah sekadar pertelingkahan sesama keluarga. Tanpa pertelingkahan, tiada cabarannya dalam menyelesaikan sesuatu kerja, yang pentingnya kita tahu akan punca masalah serta bersama-sama mencari jalan keluar tentang bagaimana menyelesaikan sesuatu pertelingkahan itu serta menyimpulkan satu keputusan konkrit hasil pertentangan idea-idea tersebut. Sebab itulah kita dianjurkan untuk menyemai sikap toleransi yang tinggi. Toleransi tentang bagaimana kita bertolak ansur dan bersedia menerima pendapat orang lain. Aku sendiri sudah berpengalaman berkerja dibalik tabir. Situasi sebegini sememangnya sudah biasa ku lihat. Suasana tegang memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah, masing-masing punya pendapat tersendiri. Cuma ketegangan itu jangan sekali-kali disimpan didalam hati kerna yang susahnya bukan kita sendiri malah tempiasnya terkena kepada orang lain. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa jua. Masing-masing punya peranan untuk dipikul, sebab itu kebersamaan itu perlu dalam menghadapi sesuatu lebih-lebih lagi ketika ketegangan berlaku. JCP bertuah kerna dianggotai oleh mereka-mereka yang sangat bertoleransi. Setiap idea boleh diterima serta diubah suai menjadi sesuatu yang lebih baik lagi. Kalau ada pun ketegangan yang dirasa, itu hanyalah sekadar di set lokasi sahaja. Manakala hari-hari yang normalnya semua sudah ibarat satu keluarga. Kata orang, gaduh adik beradik. Kalau dicincang pun tidak akan putus. Bukan sahaja kerja-kerja produksi, malah kerjaya yang lain juga turut mengalami situasi yang serupa. Selagi ada banyak kepala, selagi itulah wujud pertentangan idea serta pendapat. Kerna cantik dimata kita tidak semestinya cantik dimata orang lain. Sebetulnya, pertentangan idea itu mengandungi sesuatu hikmah yang tersirat. Tanpanya, hilanglah kemanisan dalam berkerja. Ego yang ada hendaklah diketepikan buat seketika kerna ada perkara yang lebih penting iaitu matlamat serta objektif sesuatu gerak kerja. Sementara itu, setiap seorang daripada rakan sekerja wajar diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing, kerna suara-suara ini penting dalam menjana idea yang lebih kreatif lagi. Soal kepentingan individu juga wajar ditolak ketepi dalam menjayakan sesuatu gerak kerja. Jika amanah itu dilakukan bersama hati yang tulus, maka percayalah, suatu hari nanti pasti akan ada hati-hati yang sedar akan kemampuan diri sendiri. Tepat jam 2.30 pagi, proses penggambaran kami berakhir disitu. Akibat dari scene yang dirakamkan pada malam itu, salah seorang talent tidak turun makan bersama di Rafi Restoran. Setelah puas aku dan Helmi memujuk akhirnya talent yang seorang ini naik bersama tetapi malangnya turun kembali menyorok dikereta apabila mendapati sirap rose merah yang pekat masih membasahi mukanya.
Hakim : merah lagi tak muka aku??(muka risau)
aku : mana ada merah, ok je..(padahal memang merah pun)
Emy : betul dow, mana ada merah..sikit je tu..(sambil menjeling aku)
Hakim : tak market la kalo muka aku merah..malu la aku nak lepak!malu la kalo awek pandang!!
aku : mana ada! tak terjejas langsung, issh, sikit je tu..ko naik nanti bilas ckit!(menahan gelak)
Emy : betul tu, meh kitaorang cover ko!!
aku : haa, jom! kita orang cover baiknye!!!(menjeling emy sambil menahan gelak)
Kami berjalan sambil membiarkan Hakim dibelakang sambil laju sahaja langkahnya menuju ke tandas. Aku dan Emy, terus duduk bersama yang lain sambil memesan makanan. Amad, Azizi dan Fareezan pula serius menonton Terminator 2 yang ditayangkan menerusi skrin besar disitu. Tidak sempat panas pun punggungku duduk disitu, kelihatan Hakim keluar melangkah laju dari tandas menuju ke kereta. Aku hanya gelak sendirian sambil menjeling ke arah Emy.
No comments:
Post a Comment