Aku akur kepada kehendak sendiri, tidak sesekali terniat dihati untuk kembali menulis dalam tempoh terdekat. Gian mungkin, atau mungkin juga bersandarkan faktor permintaan. Tidak ramai pun yang bertanya sebenarnya. Sekadar alasan untuk ku cagarkan buat kalian disini. Sepanjang tempoh aku beradu, banyak perkara yang bermain dicelahan minda ku sebenarnya, sungguh banyak. Terasa ingin ku kongsi semua. Walau bagaimanapun, kalau kalian perasan, aku kurang berminat menyentuh soal cinta. Aku kira itu sangat peribadi dan tidak wajar tuk ku kongsi disini. Kalau ada pun hanyalah dalam bentuk puisi yang berselindung dibalik rima dan makna asal terselit dicelahan setiap huruf dalam entri agar tidak mudah tuk difahami sesiapa kecuali hanya aku dan dia. Kalau pun ada yang mengerti, diamkan sahaja. Cinta itu suci, soal cinta merupakan mainan hati, dan aku amat berhati-hati bila tersoal perihal cinta. Sebetulnya aku baru sahaja kembali pulang dari Ayer Keroh, Melaka. Ada tuntutan yang perlu aku galas disana. Kurang lebih 8 hari aku berkampung di Hotel Seri Malaysia. Minggu yang cukup memeritkan namun memberi seribu satu kepuasan sekaligus mencatatkan memori indah di bandaraya bersejarah itu. Disana, aku lupa pada segalanya, aku tinggalkan semua dibelakang hanya untuk berada disana. Aku alpa, aku terleka tapi gembira walau juga sedih kadang-kala. Aku pergi bertangan kosong, bila pulang tangan berisi. Riak wajah tampak sebu, laraan hati bersilih ria, kamar 324 itu, tidakkan sekali ku lupa. Entri ini berakhir ringkas disini. Mungkin dilain entri boleh ku kupas seribu satu cerita dengan lebih kemas lagi. Sekadar melepaskan gian serta kerinduan aku terhadap ruang ini. Aku masih lagi beradu. Aku tidak marah andai ada antara kalian beranggapan entri ini sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku sendiri mengangguk tanda setuju. Wallahua'lam Bissawab.
Wednesday, April 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment