Assalamualaikum. Salam bicara aku utuskan buat kamu semua. Sengaja aku memberi salam kerna aku fikir sudah kian jarang lamanya aku menjengah ke ruang ini tanpa mengucapkan kata-kata salam yang terisi dengan segala keberkatan, besar sekali syafaatnya. Selamat sejahtera ke atas kamu semua. Ucapan salam seiring doa yang terpatri dalam intisari kalimah salam itu. Demikianlah keagungan Tuhan, setiap huruf yang kita lafaz menerusi bibir lembut terisi seribu satu zat yang tersembunyi dibalik celahan kalimah-kalimah suci. Jangan terlalu cepat menduga aku, tidaklah entri ini ditulis untuk memberi tazkirah kepada kamu melainkan hanya sekadar mengisi ruang kesenggangan yang ada. Selain daripada aku beromong kosong di ruangan pistolberpeluru ini, mungkin ada sedikit ganjaran yang kita perolehi menerusi medium yang tidak seberapa ini. Apa yang aku perolehi, kamu juga mendapat ganjaran yang sama. Apa yang kamu hadiahi, dua kali ganda kamu akan mendapat sesuatu yang lain pula, malah mungkin lebih manis lagi ganjaran yang terpulang hasil modal yang terlabur. Namun harus diingat, ini bukan omongan perniagaan, aku bukan seorang peniaga. Aku hanyalah memakai guna modal pemberian Tuhan yang tersedia ada untuk mendapat sekelumit ganjaran dari nya walaupun aku sedar siapalah aku untuk mengimpikan syafaatnya. Seperti yang aku tegaskan sebelumnya, bukan aku seorang yang untung tetapi kamu juga. Sebetulnya, aku dalam kondisi yang begitu takjub sekali. Takjub dengan kekuasaan yang maha esa. Aku sendiri berasa hairan pada entri ini kerna aku hanya mengikuti sahaja liuk lentok jari jemariku menekan papan kekunci berbicara soal ini meski aku baru sahaja bangkit dari lena, aku bermimpi mungkin, cuma masih sedang cuba mengingat kembali mimpiku ketika lena tadi. Belum pun wajah ini sempat ku siram, terlebih dahulu papan kekunci laptop ini ku tekan laju bak peluru meski tidaklah selaju peluru sebenarnya. Keadaan awan yang hitam diluar seolah-olah tidak tertahan untuk memuntahkan hujanan peluru, aku masih menanti saat hujan turun. Biarlah hujan itu menimpa bumi kerna rahmat wujud dibalik hamburan peluru hujan yang memalu bumi. Aku gemarkan suasana bumi ketika saat hujan henti, sangat suci, putih tanpa setitik tinta hitam. Seolah-olah bumi sudah dimandikan lalu menaikkan seri wajah bumi itu sendiri. Indah sekali wajah bumi selepas bersiram. Penduduk bumi yang dihambuni dosa membuatkan bumi ini tidak duduk diam mungkin, dan aku adalah salah seorang penghuni bumi yang menyumbang kearah ketidaksucian bumi ini sendiri. Maka tidak peliklah jika bumi bersiram sekali sekala, namun ada juga sampai terlebih siram sehingga limpahan banjir tercetus di segenap ruang yang dipilih Tuhan. Atau mungkinkah awan sedang meratap nangis. Lelehan air matanya tidak putus-putus menimpa bumi. Sedih mungkin dengan gelagat manusia yang menghuni bumi. Tidak terlarat mungkin melihat gelagat manusia nun dari atas sana sehingga awan menangis sebegini pilu. Kasihan bukan. Namun apa yang mampu diperkatakan lagi, sudah menjadi sifat manusia itu sendiri. Manusia sering alpa, terleka tingkah, terlanjur laku. Atas asbab itu manusia bergelar insan. Dalam bahasa arab, insan bermaksud pelupa (betulkan aku jika tersalah). Manusia itu pelupa. Aku juga pelupa. Kala ini aku pula dengan tidak semena-mena malu dengan segala yang wujud dipersekitaranku. Jauh disudut hati ini mengakui akan setiap benda yang ada dibumi ini hidup, jika tidak masakan mereka mengalunkan zikir kepada yang esa setiap masa. Aku lihat lembut sahaja daun diluar sana gugur menimpa bumi, engkar mungkin akan perintah Tuhan sehingga dilucutkan dari batang yang menunjanginya selama ini. Aku kira bantal tempatku bersandar ini juga hidup, andai aku faham bahasanya sudah tentu banyak komentarnya terhadap kebuasan aku memperlakukannya ketika sedang lena. Laptop yang aku pinjamkan ini juga hidup, masakan sering sahaja sawan setiapkali diguna lama. Walau apa pun, aku kira aku perlu berundur seketika. Sekadar memenuhi ruang senggangku yang ada. Aku sedar, dalam kita beromong kosong, tersisip sedikit perkara yang bisa membuatkan kita berfikir itu sudah cukup gamaknya agar modal yang dipinjam Tuhan kepada kita dipergunakan sebijaknya
Wednesday, June 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment