Umpama lalang hijau ditiup angin. Kadang-kadang meliuk ke kiri, kadang-kadang melentok pula ke kanan. Kurang periksa darihal mana punca angin. Suatu keputusan yang kadangkala sukar sekali untuk ditetapkan. Adakah ini ketetapan, ujian atau jua sekadar mainan kala wujudnya ruang. Sukarku fahami mengapa goyahan datang badai pula melanda, sukar untuk melukakan hati seseorang agaknya. Hati yang tidak kesampaian lalu luluh bila melihat seseorang itu terluka. Sukar untuk memilih, menentukan ruang garisan mana sewajarnya aku berpijak, sejauhmana garisan itu perlu ku enjak. Lagi pula aku sudah lama berdiri selesa digarisan yang sama, cuma masa sahaja sahabat yang sangat memahami. Andai tiba masa yang tepat, aku pasti berganjak jua, perlahan pun tidak mengapa. Suatu hari pasti juga sampai ke garisan penamatnya. Mungkin pada seseorang yang menanti dipenghujung garisan sudah berasa kurang sabar serta panas punggung menantiku tiba. Walau apa jua alasan yang aku perjudikan kepada yang menanti, sukar sekali bala alasan itu untuknya jadikan tempat bersandar. Aku juga kelu, bagaimana harusku perjelas kondisiku yang sebenar. Pelbagai situasi telah ku beri, pelbagai persoalan sudah ku bangkit buat hal bicara antara kami tetapi masih sukar nampaknya untuk difahami. Aku sedar ombak cinta yang beralun tinggi dilautan madu itu faham, cuma sekadar tidak mahu menerima apa jua alasan yang tersuap ke mulutnya. Masih berkeras mempertahankan kemurnian cintanya. Aku masih lagi rasional saat dan tika ini, aku masih takut serta gundah saat aku berasa aku semakin menghampiri garisan itu. Aku dihantui debar yang memukul dada akan kemungkinan ada lorong yang lain beberapa jarak sebelum aku menjejak garisan penamat lalu merangsang aku untuk ke situ. Saat itu adakah aku akan berlari lurus atau menyimpang singgah ke lorong gelap itu sehingga termungkin sesuatu kebarangkalian yang lain. Tidaklah jua aku berfikir tentang diri sendiri semata-mata, tentang seseorang itu juga aku fikirkan sekali harung agar manfaatnya nanti bisa dirasa bersama. Manfaatnya nanti pun aku sedang fikir kala ini, bergaduh sambil berlawan sengit sang minda dikepalaku berfikir tentang sesuatu ini, memang tidak sabar untuk peroleh manfaat yang tiada kelawanannya ini namun tanggungan yang terpikul amat berat sekali. Status sudah tidak lagi sebegini sekarang. Mana tidaknya, aku bisa kemana menuju tiada hala. Seumpama jurumudi pesawat. Persoalan yang terbangkit dimuara hati, bisakah aku mengemudi pesawat itu kelak. Bisakah aku mengawal pandu pesawat itu ke landasannya yang tepat, atau aku hanya sekadar seorang pengemudi pesawat kargo yang membawa barangan sampah semata-mata. Oh tidak, aku tidak fikir begitu. Aku adalah pengemudi pesawat perang yang memikul seribu satu harapan dari seseorang, aku juga seorang wira tempat seseorang itu duduk bersandar. Sebagai kepala yang mengemudi pesawat perang, setiap tindakan yang ku perjudikan wujud alasan dibalik alasan. Aku tidak harus terlalu mengikut perasasaan untuk merempuh laju segala halangan yang terhalang didepan mata lalu memperjudikan nasib seseorang yang bersandar. Refleks ku bergerak pantas sepantas aku mengelak serangan bertub-tubi pihak musuh. Aku mungkin tidak sempat berfikir diatas
Coretan yang tertera diatas adalah sebuah rangkaian yang muncul menjengah kala lenaku jaga tadi, lalu ku cerna segera menerusi patah-patah perkataan untukku simpan buat kenangan dikemudian hari. Suatu ekpresi yang ku adun mengikut rentak tari gemalai lembut yang kadangkala keras menari ditepian hati. Suatu bingkisan kata-kata yang kadang menjengah tiba lalu berlegar di langit minda yang kadangkala aku sedar merupakan suatu mainan semata-mata. Sebagai manusia biasa, aku akur yang seringkala kita bermonolog sendirian menafikan sesuatu yang lain. Dalam kita berbicara sesama hati sendiri kadangkala kita suka berfikir sesuatu kemungkinan tertentu. Kemungkinan akan sesuatu kebarangkalian. Kadangkala minda juga sering dilanda perasaan yang was-was terhadap sesuatu perkara yang telah pun berketetapan, namun hasutan iblis membawa kita mengembara lama sambil berjuang menentang diri sendiri. Keputusannya sudah diketemukan, cuma monolog diatas hanya sekadar perkongsian dariku terhadap apa yang berenang-renang dilautan cetera lautan madu. Minda seringkali dihantui perasaan gundah gulana meski kadangkala kita manusia sudah pun berkeputusan tertentu. Memang perkara lazim bagi hati yang wujud nafsu didalamnya untuk mempertikaikan segala apa yang yang terancang mahu pun yang sudah berkeputusan. Kerna sesungguhnya dalam diri manusia itu ada beberapa pihak yang wujud didalamnya. Seperti yang kamu saksikan di Dewan Parlimen. Pembangkang tetapkan wujud dalam sebuah kerajaan tertentu, dimana ada kerajaan, disitu jua wujudnya pembangkang. Untuk menentukan sesuatu dasar, sudah tentu melalui beberapa fasa yang menegangkan sebelum sesuatu kesimpulan itu tersimpul menjadi suatu keputusan yang muktamad. Begitu hal nya manusia, nafsu sering sahaja hadir kala sesuatu permasalahan yang memerlukan keputusan diputuskan. Hampir sahaja ia membangkang apa jua niat murni yang
No comments:
Post a Comment