Monday, September 22, 2008
Aku terkenang zaman-zaman berkirim dan berbalas kad raya. Teringat sewaktu masih di sekolah rendah dahulu. Ketika itu ucapan raya menerusi SMS, Email dan sebagainya seakan begitu asing sekali. Aku sendiri menerima begitu banyak sekali kad-kad raya daripada rakan-rakan.
Namun lebih membanggakan saat menerima kiriman kad raya daripada 'aweks'. Fuhh, perasaan bangga berbunga-bunga dihati, perasaan perasan mula bermaharajalela. Isi kandungan kad ucapan biasanya panjang berjela, apatah lagi tercoret menerusi tulisan tangan. Jarang rasanya menerima kiriman kad raya daripada kawan lelaki. Kalau ada pun tidaklah seistimewa kad raya daripada perempuan.
Aku seperti biasa jual mahal, segan tapi mahu. Kelam kabut jugalah berbasikal ke pekan mencari kad-kad raya buat kiriman balas. Kad-kad raya yang diperoleh selalunya digantung sebagai perhiasan didinding rumah ketika raya. Lagi banyak kad raya, lagi bangga. Siap buat koleksi lagi.
Seronok betul!
Coretan wajib dipenghujung ucapan selalunya berakhir dengan serangkap pantun.
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
Menarik bukan?
Sudah menjadi adat orang melayu, orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. Orang menjual, kita membeli. Jadi tidak lengkap rasanya andai kiriman balas kad raya tidak diselitkan dengan pantun berbalas. Contohnya seperti rangkap pantun dibawah:
Pecah kaca,
Pecah tong,
Sudah baca,
Harap gantung.
Seronok bukan?
kini tidak lagi, kiriman kad raya seakan tenggelam dek arus masa. Seiring dengan kemajuan moden dunia, masyarakat kita kebanyakannya lebih senang menghadiahkan ucapan raya menerusi kemudahan terkini. Lebih mudah dan senang, jimat masa serta tidak perlu berbelanja besar.
Walau bagaimana pun, keikhlasan serta ketulusan hati itu tidak boleh diukur menerusi mana-mana medium penghantaran, cukuplah sekadar kita ikhlas, walaupun hanya menerusi SMS.
Pantun-pantun diatas merupakan pantun tetap semasa zaman awal persekolahanku. Tempat-tempat yang lainnya aku tidak pasti bagaimana. Sama mungkin.
Kepada mereka-mereka yang masih sudi menghadiahi kiriman kad-kad raya kepada aku. Salam kasih dan mesra buat kamu. Insya'Allah, aku cuba membalasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
hahahahahaha...ha'ah la faizul..dulu time2 macam ni kalau pagi2 datang sekolah mesti dah ada 2-3 kad raya atas meja, biasanya dari secret admire atau abang senior..wangi plak tu..biasanya kalau dari abang senior agak meremanglah bulu roma..ayat dia mesti bermula macam ni... "buat adik yang sentiasa abang ingati.." hahahahahha geli dowh...tapi pantun pecahgelas tu memang selalulahkan biasanya kawan2 yang bagi kalau secret admire dia akan tulis pantun ni...
pen merah pen biru
u marah i love u
hahahahha...saat tu memang sweet sangat tau..diaorg sanggup cari kad raya yang paling best hanya untuk menyampaikan isi hati yang sebenarnya. Tak lupa juga kawan2 yang buat bisnes kad raya kad sekolah memang sold out lah. Ada juga kad raya yang dibuat sendiri terharu jugak dapat yang buat sendiri punya.
Pernah juga dapat kad raya dari cikgu, sebab dulu hajar rajin bagi kad raya kad cikgu. Cikgu handsome..hahahahaha...
Bila ingat balik bestla bagi2 kad raya ni. Bilalah nak dapat kad raya lagi ya. Dulu kalau BF tak bagi kad raya ble merajuk lama tau tapi sekarang tak ingat pun pasal kad raya.... =)
tu la tu zul..tp kad raya tetap ade magis nya tersendiri..
hajar: haha..agak kelakar la:
pen merah pen biru,
u marah i love u!!
emi : betol dowh..x lwn kad raya la..mmg ada magis..terasa keikhlasan pemberian org tu!!uwaaaa!
cube kau letak alamat, bagi aku kejutannya lagi takjub jika dihantar kerumah. sangat nostalgia =)
azizi:bole dowh!!!nostalgia raya mula terasa dowh!!
pecah kaca,
pecah sampan,
sudah baca harap simpan.
heheh,sy slalu bg pantun ni.
sronoknye dapat kad raya! dulu sy gantung kat pokok bunga perhiasan mak.habes kn rotan,sbb daun bunga koyak.. heheh. faizul, nak kad raya =)
lid: nak kad raya ehh?tanya abg mo dulu..kalo die kasi green light kita tukar2 kad raya ehh!!
faizul moktar pakai kebaya,
slamat ari raya! :)
Heska pun pakai kebaya, selamat hari raya juga..:)
Post a Comment