Monday, April 27, 2009


Sukar untuk mengembalikan semula sebuah motivasi yang sudah lama lenyap. Konsistensi yang aku jalani belum lagi sampai ke tahap regim seperti yang pernah aku lalui bertahun dulu. Ketika ini aku sekadar bersenam ala kadar. Tiada apa yang hendak dikejarkan sangat bisik hati aku.

Orang Kelantan kata 'sekodar'.

Untuk kembali cergas seperti dulu agak susah kerna kondisi badan sudah terbiasa dengan keadaan sekarang. Aku cuba mengekalkan momentum sedia ada, kerna keadaan aku kini jauh lebih baik berbanding kondisi aku 2-3 tahun yang lepas. Tetapi masih jauh ketinggalan berbanding diri aku 8-9 tahun yang lepas.


Regim kardiovaskular begini antara yang terbaik.


Cukup sekadar aku merindui saat menjalani rutin ala regim suatu ketika dahulu. Sampai tidak sedap badan jika tertinggal walau sehari. Kalau kata petang itu aku terlepas latihan, maka tengah malam sekali pun aku sanggup 'berdegang-berdegung'.

Aku rindu pada disiplin dan silibus yang aku sendiri reka. Memandangkan sekarang semuanya sudah lari, maka aku telah bertekad untuk kembali cergas seperti dahulu. Jangan jadikan kekurangan alatan itu sebagai alasan untuk tidak bersenam.


Petang-petang beriadah begini baru 'sweat and sweet'.


Walaupun kehidupan aku tidak sesihat mana, aku menyeru agar kita membudayakan kehidupan yang sihat. Bayangkan betapa sihatnya kehidupan bila kita bangun awal pagi dan sarapan, bersenam ringan seketika sebelum keluar berkerja. Tidur pula dalam kadar sederhana, petangnya pula keluar ke taman sambil beriadah. Malam pula bersantai dirumah. Alangkah sempurna hari aku!

Semuanya kalau dicongak tidak sampai suku pun dalam 24 jam. Mesti sempat punya!

No comments: