Tuesday, March 18, 2008

Obligasi Terakhir

Ermm, jika ku bilang dengan jari, ada 4 obligasi penting yang perlu JustClick Production rangka kan. 4 obligasi penting itu ialah Short Film bagi subjek AudioVisual, Marketing, EventManagement dan juga ETR. Selesai 4 obligasi ini, maka percutian menanti kami. Aku tidak dapat lari dari memikirkan projek mega JustClick iaitu ShortFilm. Aku mengharapkan yang terindah dari proses pembikinannya nanti, aku tidak mendambakan yang terbaik melainkan keseronokan ketika merealisasikan proses rakaman itu nanti. Semua line up yang ada sangat berbakat sekali. Aku kira, berkemungkinan besar JustClick tidak menjemput sesiapa dalam proses penggambarannya nanti. Kalau ada pun, jika difikirkan perlu. Berikut merupakan line-up yang bakal menerajui filem itu nanti.
  • Hakim, antara pemikir penting bagi JustClick. seorang yang berbakat, punya paras yang baik sesuai untuk Yusuf Haslam komersialkan sebagai daya penarik filem Sembilu 4 sedikit masa nanti, punya Passion yang tinggi dalam bidang penyiaran serta mampu menghidupkan apa jua karakter yang diamanahkan kepadanya.
  • Helmi, JustClick itu datang daripada buah kepalanya. Seorang yang kreatif mengenai selok belok kamera, walaupun masih bergelar amatur, bakat ini wajar diberi perhatian. Ku kira Bade Hj Azmi patut memerhatikan hasil kerjanya. Sangat spontan dan mampu menghasilkan bait-bait yang sangat puitis terutama dalam penghasilan skrip.
  • Azizi, insan kreatif dibalik lensa kamera, sangat arif mengenai selok belok suntingan, satu bakat yang wajar diperhatikan di Bollywood, terkenal menerusi idea kelakarnya serta passion yang tinggi dalam seni mendekorasi. Merupakan tulang belakang dalam mengupas misteri kehilangan remaja Azizi.
  • Amad, Kamaruddin Mape wajar untuk merasa tergugat kerana suatu hari nanti insan ini bakal meragut tempatnya di balai berita Tv3. Berkebolehan hampir dalam pelbagai perkara, Faizal Tahir juga harus untuk berasa takut dek saingan yang bakal diberi oleh bakat nan satu ini. Aku pernah merekomen bakat ini kepada Prof Razak bagi filem Anak Mami Pergi Tak Kembali kerna kefasihannya dalam loghat utara, apalagi setelah hampir 3 tahun berkerja bersama hanya kini baru ku tahu dia berasal daripada Kulim, ada versi lain menyatakan dari Ceruk To' Kun Kedah.
  • Fareezan, karakter dan personaliti yang unik merupakan aset bagi pemuda berjiwa perkasa ini. Dengan kebolehan unik melakukan stone cold stunner dan people's elbow, The Rock wajar memerhatikannya. Tidak banyak yang bolehku ungkaikan disebalik karakter misteri pemuda ini. Apatah lagi dengan kebolehan ilmu magika nya tinggi sehingga mampu hilang saat baru mengelipkan mata. Namun apa yang pasti, Hasbullah Awang sudah pun menemui pengganti.

Inilah line-up awal yang ingin JustClick ketengahkan kepada peminat-peminat diluar sana. kuasa ditangan anda, jika inginkan gelombang baru dalam industri seni di Malaysia, sama-samalah kita merevolusikan industri menerusi kuasa yang ada pada anda. Ingat, anda punya sesuatu yang kapitalis-kapitalis ini dambakan. Bertindak bijaklah membantu industri seni yang sudah lama terperangkap menerusi idea sulit mereka. Chief Kodok menyeru , Power To The People, It's In Your Hand.

Sekadar tembakan berpeluru kapur yang ku acu kan ke kepala boneka-boneka.

Kembali kepada projek mega JustClick, aku berharap agar segalanya berjalan lancar. Aku menaruh kepercayaan yang tinggi kepada mereka-mereka yang ku sebutkan diatas. Andai aku rebah nanti, acukan pistol ke kepalaku ye!

SPARTAN!!PREPARE FOR GLORY!!!

2 comments:

Junaidi Asmara said...

erm..dgr kata just click ni dah gah namanya di seantero puncak perdana..

Joe Moktar said...

gah tu tidak la boy, bese2 je..sje melayan perasaan perasan jap..heee