Sunday, March 23, 2008

Penemuan Pistol Berpeluru


Aku telah membuat keputusan singkat dengan mengubah title blog ku daripada "the other side of me" kepada "Faizul Moktar: Penemuan Pistol Berpeluru". Setiap perkara yang berlaku semestinya punya sandaran. Penukaran title blog ini juga bersandarkan kepada sesuatu yang aku fikir perlu. Aku menulis diruangan ini bukanlah untuk mencari publisiti murahan. Sudah pasti aku tidak perlukan publisiti kerna ku sedar tahap penulisanku tidak langsung setanding dengan Pak Samad, atau pun setidak-tidaknya sangat jauh kekurangan berbanding rakan-rakan blogger sekalian. Bisa bikin air muka ku jatuh jika bermimpi untuk membina jaringan publisiti. Al-kisah disebalik cerita bagaimana aku terjebak diruang maya ini adalah semata-mata sebagai satu medan untukku meluahkan apa yang tersirat dibenak fikiran melalui patah-patah perkataan, juga sebagai satu eksperimen buat aku dalam mencuba sesuatu yang baru. Aku perahsia orangnya, berat mulutku untuk bercerita tentang sesuatu melainkan aku berada dalam kondisi yang selesa, dan aku akui setiap kali aku menulis disini aku berasa sangat selesa, aku puas dan tenang sekali. Ianya lebih kurang sama dengan kepuasan yang ku perolehi selepas bersilat.(setiap kali kaki menyepak dan tangan menumbuk, semua perasaan ketidakpuashatian itu ku bawa bersama) Kelihatannya aku sudah mula jatuh cinta dengan dunia baru ini. Daripada sekadar mahu mencuba, akhirnya jatuh cinta dan menjadi medan buatku tuk lupakan segala permasalahan yang bermain difikiranku. Bila menulis, aku mula fokus terhadap apa yang inginku luahkan sehingga kalau ada bom meletup sekalipun nescaya aku tidak akan mendengarnya.(sekadar satu perumpamaan terhadap minatku kini, jangan salah faham, aku bukan Superman untuk tenang berhadapan dengan letupan bom). Title "the other side of me" itu juga sebagai perlambangan kepada apa yang wujud dalam diriku ini. Mungkin jika diluar, kalian pasti mendapati aku tidak sepetah disini. Itu yang aku maksudkan dengan title tersebut selain sebagai perlambangan kepada sang Goblin yang wujud dalam diri ini. Selain itu, sesetengah kalian yang mengenali aku diluar ada yang bertanggapan baik terhadapku, namun tidak kurang juga ada yang bertanggapan buruk. Hanya disinilah medium sesuai untukku memperlihatkan konflik yang berkecamuk di balik sudut hatiku. Manakala bagi title blog yang baru ini pula sebagai perlambangan kepada satu fasa baru yang ku alami. Blog ini kusama ertikan kepada pistol kerna dari satu segi keduanya mempunyai sifat yang sama. Tanpa pistol, masakan mampu Botak Chin ditewaskan Polis, jika diteliti menerusi skop tafsiran yang lebih luas, tanpa pistol(senjata ketenteraan moden, perlambangan kepada pistol menerusi skop yang lebih luas). Bagaimana Amerika dengan selamba kodoknya melanggar Iraq. Manakala peluru pula ialah perlambangan terhadap rintihan suara sekeping hati yang dicernakan membentuk patah perkataan didalam blog ini. Percayalah, kekuatan peluru maya ini bisa menerobos laju ke dada manusia, bahkan bisa juga mengubah dunia. Jikalau tidak bagaimana para blogger di Malaysia mampu menjadi kelompok minoriti yang di geruni kerajaan. Cuma bezanya peluru hidup sering kehabisan jika diguna, tidak seperti peluru maya yang akan terus menembak selagi kita masih tenang duduk dimeja sambil jari jemari ini ligat menekan butang pepapan laptop masing-masing. Wallahua'lam Bissawab.

1 comment:

Mohd Zawawi said...

pok sak ni.....mu wak gapo tu.....
mai lah sini make kepok lekooo setiu