Suka juga untukku sisipkan bersama bait-bait puisi cinta karya si Dewi buat tatapan si Arjuna tercinta. Cintanya pada si Arjuna melangit tingginya. Benarlah kata Bala Dewa, Hawa itu tercipta didunia tuk menemani sang Adam. Bertuah benar si Arjuna, menerima cinta yang melangit tingginya. Cuba hayati setiap baitnya. Maafkan aku, andai ada antara kamu yang mengenaliku sebagai lelaki yang keras. Dilembaran maya ini ku paparkan kelembutanku. Usah ketawakan kejiwanganku, simpan sahaja buat modal tuk kenakan aku nanti. Aku tak dapat menahan diri tuk tidak menyiarkan puisi ini. Benar, sangat menyentuh naluriku.
Cinta ini realisasi
Dari jantung menuju kata
Ke sepenuh puisi aku
Demikian sempurna engkau ke aku
Terlalu garang
Aku memujamu
Hingga hidup
Terasa untuk kau satu
(Maitri, 20 Maret 2008)
No comments:
Post a Comment