Ada drama yang berlaku hari ini, aku tidak terus tidur seperti mana yang aku ceritakan pada entri sebelumnya. Laju sahaja langkah ku meluru ke kafe kononnya untuk mengalas perutku yang sedia berlagu. Aku kan sang pencinta makanan, apatah lagi aku tidak selesa jika tidur bersama perut yang kosong. Situasinya begini, sesampai sahaja di kafe itu aku pantas sahaja mengaut makanan yang biasa ku ambil ketika pagi, lagi pun menunya sama setiap hari. Setelah selesai, aku meluru laju seperti sang singa lapar ke kaunter bayaran. Tapi langkah ku tersekat betul-betul di ruang depan kaunter. Dua orang gadis menghadang jalanku. Aku mengenali mereka cuma tidaklah rapat, malah tidak pernah bercakap pun sebelum ini. Gadis pertama mengejutkan aku dengan mengaju beberapa soalan, manakala gadis kedua hanya memerhati sambil mengerlipkan mata kirinya ke arah aku. Aku seperti biasa tenang bersama wajah selebetku itu..
Gadis: u ade nampak Latip tak? (bukan nama sebenar)
Aku : sori la i tak nampak..(dalam hatiku tertanya-tanya kerna keliru)
Gadis: dia keluar kan semalam? cakap betul-betul, korang keluarkan semalam???(semakin serius nadanya)
Aku : entahlah, semalam ada la i nampak dia tapi x lepak sekali...(kataku jujur)
Gadis : kenapa semua orang perlu nak cover-cover latip ni...(menangis tiba-tiba)
Aku : eh, apa cerita ni? i tak tahu menahu pun..(memang aku tak tahu pun)
Gadis : jangan nak berlakonlah, i tahu mana latip pergi..(tinggi nadanya kali ni)
Aku : call la dia, cube tanya dekat mana! (dia ni, kenal ke aku siapa, bisikku dalam hati)
Gadis : dah call dah, tapi dia x angkat..(menangis meleleh-leleh)
Aku : habis tu?
Gadis: masalahnya i tau dia pergi mana? dah selalu macam ni!(menangis teresak-esak)
Aku : erm, masalahnya i tak tahu menahu ok!
Gadis: tadi i jumpa karim(bukan nama sebenar) then i tanya dia pasal ni. tapi karim pun cakap tak tahu..(marah betul pada si karim bukan nama sebenar)
Aku : so..
Gadis: kenapa korang perlu berlakon huh!! tak boleh ke terus terang dengan i yang korang tahu!!(sekali lagi menaikkan suara)
Aku : berlakon apa ni huh!!berlakon apa??(tanganku mengeletar menahan amarah)
Gadis: tak apalah, pesan kat dorang semua yang i tahu mana dia pergi semalam..i tahu korang semua berlakon, bukan tak pernah jadi sebelum ni..i penat tau tak kalau macam ni, i dah tak tahan sangat..(menangis lagi, sambil tangan mengesat air mata)
Aku : try la call, cuba bawak berbincang..tenang-tenang je..(aku cuba tenangkan keadaan)
Gadis: u nak tahu tak? sebelum ni kalau jadi macam ni alasan yang sama dia bagi tau, tak angkat call sebab tertidur la, tak dengar la, i bukanlah nak mengongkong dia ke apa..tapi tak boleh ke bagi tahu i..(menangis lagi)..pesan kat dorang tak payah nak berlakon lagi depan i ok??(nada geram kat dorang-dorang tu)
Aku : camnilah, bawak bincang elok-elok dengan dia..pelan-pelan ok? nanti i bagitahu dorang pasal semua ni..(cuba mengacah)
Gadis: tak payah, tak payahlah..tak payah cakap kat dorang k..(terus berundur meninggalkanku bersama gadis yang kedua)
Tanpa berlengah aku terus ke kaunter bayaran seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku sambil menahan muka yang malu. Apa tidaknya, ada banyak mata-mata yang memandang. Nasib baik yang datang menerjah ialah seorang perempuan. Kalau lelaki, nescaya sebuah buku lima kan singgah diwajahnya. Apa lagi bila si gadis itu menangis, terasa lemah sekali lututku ini. Sememangnya aku tidak tahu menahu pun mengenai apa yang si gadis itu ngomelkan. Terasa seperti orang bodoh pula, bila diperlakukan begitu didepan khalayak. Kalauku ikutkan hati, terasa ringan saja kaki dan tangan ini untuk terbang. Apakan daya, si gadis hanyalah seorang perempuan. Masih lagi muda. Kesimpulannya, jangan suka-suki menerjah orang sesuka hati. Walaupun mungkin orang itu merupakan kenalan kepada si kekasih hati. Kerna kadang-kadang orang itu bukannya campur tangan mengenai kisah rumah tangga mereka. Usah dicanang kisah peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Apalah salahnya jika bercerita kepada kenalan yang rapat sahaja. Si polan yang malang ini bukannya tahu pokok pangkal cerita. Kalau terjadi apa-apa tadi, percuma sahaja mendapat bala. Aku sendiri begitu mengambil berat mengenai sensitiviti rasa terutamanya yang melibatkan tepi kain manusia. Tersilap faham, perang boleh tercetus sesama saudara. Kalau kamu terasa, datang berjumpa aku. Bukan maaf yang ku pinta, melainkan hanya ingin kamu sedar bahawasanya jangan terlalu beriya bercinta. Cinta itu indah tapi masih bersempadan. Ada gunung-ganang, bukit bukau hatta semak-samun yang perlu dipelihara. Jangan biarkan sang kontraktor meneroka sesuka hati. Kelak kamu yang rugi. Teringat suatu kata-kata, lelaki ibarat sudu, manakala perempuan ibarat kek. Jika diacu sudu menyodok kek itu, ianya masihkan berkilat jika dijilat sang lidah. Malah sudu itu semakin bersinar-sinar kilatannya. Namun, apa yang terjadi kepada kek itu. Sama-sama kita renungkan.
Penggunaan nama Latip dan Karim tiada kena mengena dangan mereka-mereka yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Jika ada persamaan dengan nama kamu, kawan kamu, saudara kamu, ia hanyalah kebetulan semata-mata. Maaf andai peluru mengena. Wallahua'lam Bissawab.
No comments:
Post a Comment