Cuma tinggal tidak lebih 14 hari sahaja lagi untuk aku dan rakan melintasi garis-garis mati. Sesampainya kaki menjejak ke garisan penamat , maka akan ada ruang untuk mencelah menikmati tidur yang enak buat seketika. Sekarang pun aku tidur seperti orang kebanyakannya, tapi nikmat kepuasan itu belum sampai ke tahap yang mutlak. Hanya 2 hari ku pinta tuk ku lena sepuasnya. Bukan aku tidak punya 2 hari, tetapi situasi gawat tidak mengizinkan aku untuk bermimpi lebih lama. Aku berusaha tuk tidak menulis di ruangan ini buat seketika. Bukannya kerna ketandusan idea, cuma sekadar memberi laluan kepada tuntutan prioriti yang ada. Maklumlah, tuntutan komitmen. Aku masih lagi belajar, masih lagi belajar, dan masih lagi belajar. Proses pembelajaran yang berterusan buat persediaan ku untuk melangkah lebih laju lagi. Kehairanan juga, perkara tunjang aku perlahan-lahankan. Perkara selingan dilaju-lajukan. Namun nun jauh di benak jiwa tiada langsung unsur berbentuk rungutan. Bak kata Ahmad Dhani, “hadapi dengan senyuman, semuanya akan baik-baik saja”. Sebelum aku mengundur diri, tahniah ku ucapkan kepada bala Just Click Production kerna berjaya menaiki podium teratas dalam carta berita menerusi Bukan Berita Biasa. Aku sendiri tidak menyangka BBB di anugerahi sehambur pujian daripada Mr Energatik Nik Ramzi Nik Hassan. Masih terngiang dikepala bila beliau mengangkat BBB sebagai projek terbaik mengatasi batch-batch sebelumnya. Itu fakta dan bukan auta. Itu katanya, keluar langsung dari bibir pantas Mr energetik ini. Telinga ku yang mendengar masih tidak percaya, malahan Krew Just Click yang lainnya juga berperasaan sama. Terkesima , tersipu-sipu bangga. Aku juga bangga. Bangga kerna aku berada bersama mereka. Justeru projek akhir kami amat dinanti-nanti oleh Mr energetik ini. Sandaran setinggi gunung nampaknya diletakkan di bahu kami. Mampukah short film itu nanti memenuhi expectation beliau. Kami berdebar, kami berdebar dan kami sangat berdebar. Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan atau tanpa konsultasi. Terfikir juga, apa yang beliau suka sangat dengan BBB, mungkin suntikan humor lagi sinikal agaknya. kejutan itu berterusan bila melihat ruang kosong bersebelahan nama kami di sehelai kertas putih tertera markah 96.8 daripada 100. Mana hilangnya 3.2 lagi untuk genap 100. Walau apa pun, terbaik itu hanyalah pada kaca mata beliau yang sudah lama berada dalam industri. Namun masing-masingnya bebas untuk menyuarakan pandangan masing-masing. Pandangan mata semua berbeza. Cantik dimata aku belum tentu cantik dimata kamu. Perkara subjektif sukar untuk di teka. Karya produksi yang lainnya juga bagus, cuma mungkin kebetulan sahaja kali ini BBB kelihatan sempurna dimata pemeriksa. Syukur yang tidak terhingga kami ucapkan. Kepenatan ketika mengejar garismati itu hilang tiba-tiba. Alangkah seronoknya jika digenapkan sahaja angka 100 itu. Sebelum aku merepek panjang bermain dengan angka yang sejak azali ku tidak gemar lebih afdhal andai entri ini berhenti disini. Aku berjanji untuk cuba mengupas sesuatu yang lebih membina dilain hari. Aku kekurangan tenaga untuk menulis dalam sehari dua ini. Jangan pula ada yang tidak percaya menulis menuntut kekuatan stamina yang tinggi. Lagi pula aku perlu mengutamakan prioriti yang ada. Sebagai permulaannya, aku perlu segera menelaah nota Event Management selepas ini. Ada exam pada esok pagi. Harapnya aku tidak tertewas nanti. Wallahua’lam Bissawab.
Friday, April 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment