Maka dengan itu berakhir sudah pembentangan Charples Event Management dihadapan client malam tadi. Tiada apa yang menarik tuk ku kongsi disini melainkan seribu kelegaan yang bermaharajalela dihati apabila pemberat pertama yang dipikul terlepas jua. Bersama kerendahan hati, aku sebagai pemula kepada sebuah introduksi pembentangan kelihatan terdesak tuk menarik perhatian para client yang berada dekat dihadapan mata. Menarik perhatian disini lebih kepada cubaan tuk mengalih tumpuan para client daripada menghidu sebuah pengisian kempen yang serba serbi kekurangan melainkan kekuatan layout kempen yang menarik hasil garapan rakan sekerja saudara azizi. Selain itu, sekuntum senyuman hingga ke telinga ku hadiahkan kepada krew-krew Charples yang berusaha sehingga ke titisan peluh terakhir. Walaupun segala gerak kerja bermula lewat seperti biasa, hasilnya tidaklah cemerlang namun tidaklah mengecewakan, apatah lagi kedengaran hilai tawa para client yang mendengar sesi pembentangan kami semalam. Terhibur mungkin, dan sememangnya itulah misi utama yang kami harapkan iaitu agar semua terus ceria menguntum sebuah senyuman. Kami akur dengan kelemahan yang ada. Apatah lagi suasana malap menyelubungi setiap hadirin yang hadir sehingga terulit lesu menahan kehendak mata. Apabila introduksi pemula menampakkan ceria maka segalanya bermula lancar seketika. Hanya itu sahajalah yang mampu ku hadiahkan sebagai pemangkin kepada mereka agar pembentangan yang seterusnya hidup. Kelemahan yang ketara kami sorokkan agar tidak terhidu oleh para client yang terkenal peka derianya. Aku cuba berlagak biasa semalam namun seperti selalu aku tidak bisa mengawal lidah dari terus mengalunkan hamburan seribu perkataan. Daripada isi yang sedikit, berbekalkan tonik yang dibekalkan para laskar Charples aku laju mengambus separa bukit. Aku mungkin lebih petah ketika pembentangan berbanding bicara ketika mata bertentang mata, muka bertemu muka. Itu persepsiku sendiri tentang aku manakala persepsi kamu aku tidak tahu. Kembali kepada fokus kempen semalam. Secara sedar atau tidak, kita kadang-kadang bertransformasi menjadi seseorang yang lain ketika dijalan raya. Nilai dan jati diri yang ada seolah-olah terpukul jauh penangan hebat bukan kepalang resapan misteria hantu raya. Entah ke mana hilangnya sikap hemah dan toleransi yang ada ketika berada di jalan raya, masing-masingnya seperti tergesa-gesa memintas satu sama lain dalam erti kata lain menjadi pelumba tanpa tajaan. Fokus utama kempen adalah agar semua pengguna jalan raya sedar akan kepentingan toleransi sesama pengguna. Aku percaya semuanya bermula dari individu itu sendiri kerna pilihan terletak ditangan kita. Kepada pengguna jalan raya diluar sana termasuklah aku sendiri, kamu mempunyai dua pilihan; hidup atau mati. Akibatnya nanti bukan sahaja kita sendiri malah orang lain pun menanggung sama. Seperti kisah ku melanggar seorang seorang tua suatu ketika dulu. Sehingga kini ku masih dihantui perasaan kebersalahan terkesan dek peristiwa itu. Walau apa pun, ku Charples semua rakan yang ada. Tahan saja ye!!!
Kenapa Charples Event Management?
Sukar untuk diungkai penemuan perkataan ini. Walau bagaimanapun, asalnya perkataan ini tercipta dari seorang saudara. Maknanya tidaklah seberahi sebutan lidah, namun untuk diterangkan menerusi himpunan kata pasti tidak kesampaian maksudnya. Wallahua'lam Bissawab.
No comments:
Post a Comment