Tuesday, June 3, 2008

Kamu Harimau Bukan?

Suatu kebarangkalian,
Menerpa datang tanpa diundang,
Harapan menjadi suatu kemungkinan,
Usaha dahulu, tawakal kemudian.

Turutan hati tidak terikut,
Alunan rasa tidak selalu benar,
Lingkaran resah sering menyedut,
Tindak haloba seringkala tersasar.

Semakin dikejar laju pula geraknya,
Pandangan telus tidak pasti gunanya,
Bebas gerinya biarkan sahaja,
Jika kamu kepinginkan ia.

Andai termaktub untuk berdua,
Jauh terbang pasti pulangnya,
Gundahan jiwa tenangkan sahaja,
Percayakan takdir penentu semua.

Aku bertutur bahasa seni,
Nasihat ku beri faham sendiri,
Jangan kau turut kemahuan diri,
Penting diri kau yang rugi.

Aku mengerti piluan rasa,
Pilihan yang ada guna sebaiknya,
Sekali terkhilaf kau terseksa,
Seribu tahun terasa getarnya.



Jalinan bebas ini sekadar suatu nasihat buat seorang saudara yang ku kira kini dalam suatu kondisi yang sangat tidak menyenangkan aku. aku tidak punya modal lain lagi melainkan menghadiahkannya suatu jalinan irama yang bebas buat bekal fikiran mindanya. Aku mengharapkan agar saudaraku itu kembali seperti sediakala kerna segala apa yang berlaku punya sebab disebaliknya. Aku percaya jika saudaraku lebih tabah mengharungi lautan cetera itu pasti segalanya akan berakhir dengan kesudahan yang lebih manis. Kesabaran merupakan tulang belakang kepada kekuatan seorang lelaki. Jangan kamu lemas dalam lautan cetera ciptaan sendiri kerna nanti bukan sahaja kamu malah dia juga kamu lemaskan bersama. Aku bercakap atas dasar satu keluarga, persaudaraan yang lahir atas suatu sumpah dan aku tidak selesa jika kamu berkelakuan seperti kanak-kanak yang terlalu mendambakan sesuatu yang tidak pasti kemungkinannya. Harapan masih tetap wujud andai kamu bertindak mengikut kebarangkalian yang rasional. Maka kemungkinannya nanti masih punya sinar untuk kamu nikmati bersama. Sang Harimau tidak mungkin goyah berhadapan situasi begini, malah sifat sang harimau yang tenang memburu mangsa dibalik semak sambil sabar ia menanti untuk menerkam mangsanya patut kamu halusi. Kamu harimau bukan? Lu kan Tiger bro!!haiya, manyak pining wa punya kapla pikir lu punya hal..

4 comments:

Junaidi Asmara said...

ish..ish..
berat masalah ni zul..

cha said...

:)

Brother Boy said...

Bagus,bagus kerna mu abngku ku katakan bagus.

Anonymous said...

walaupon post ni dah lame zul,wa baru terbaca.wa tau siape harimau tuh.thank u zul.

p/s:lu gler best nyer menulis...hahaha...