Wednesday, November 19, 2008

'Result' malam finale!

Firdaus Janai (BoxxWarriors) vs Idham Daud (Kelantan)
- Win by point

Kamaruddin (M-150) vs David William (Australia)
- Draw

Barbod (Iran) vs Alif (M-150)
- Win by KO (round 2)

Bedu (BoxxWarriors) vs Kenneth Carter (USA)
- Win by TKO (round 2)

Oleg Fillipov (Russia) vs Max 11 (M-150)
- Win by point

Abbas Ahmadi (BoxxWarriors) vs Kudin Anak Jerung (Kelantan)
- Win by point
- Win WMC Asia belt

Berneung Sakhomsin (Thailand) vs Karim Geliga Merah (Terengganu)
- Win by KO (round 2)


Gua ke Dewan Jubli Perak malam itu bagi menyaksikan KELANTAN SUPERFIGHT iaitu kejohanan Tomoi antarabangsa Kelantan. Tahniah kepada BOXXEVENT dan bala krew KAWANBOXX serta yang lainnya kerna tanpa mereka acara bertaraf antarabangsa ini tidak mungkin terlaksana.

Kejohanan yang begitu antarabangsa sekali!

Gua tidak sedap berdiri malam itu bila menyaksikan para peninju bertarung dan secara keseluruhannya pertarungan malam finale itu begitu menghiburkan. Terima kasih banyak-banyak kepada Abang Mus yang menjemput gua datang pada malam itu sekaligus dapat juga memberi sumbangan yang kecil kepada perkembangan Muay di Malaysia.

Perlawanan antara BEDU (BoxxWorriors) dan Kenneth Carter (USA) sangat menarik perhatian gua. Persembahan Wai Kru yang begitu panjang lagi simbolik antara 2 Nakk Muay. Namun harapan untuk menyaksikan pertarungan berlangsung lama tidak kesampaian. Gua mengharap sesuatu yang lebih dari pertarungan itu.

Abbas Ahmadi (BoxxWorriors) menepati ramalan ramai selaku penyandang juara WMC menumpaskan peninju tempatan Kudin Anak Jerung (Kelantan). Sebenarnya Abbas berada satu tahap yang lebih tinggi daripada Kudin, namun mungkin keadaan dewan yang begitu panas memberi kesan kepada persembahan Abbas, apatah lagi Kudin mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari 'crowd' tempatan.

Gua tahu kamu boleh membayangkan bagaimana riuhnya 'crowd' di Kelantan.

Gua mengharapkan lebih lagi dari Boxxevent, semoga pada masa-masa akan datang kita berpeluang menyaksikan kejohanan Tomoi yang lebih antarabangsa berserta 'venue' yang antarabangsa juga.

Dewan badminton tidak sesuai kiranya dijadikan sebagai gelanggang tarung, ditambah lagi dengan cahaya 'spotlight' yang terang dan berhaba menyukarkan gerakan para peninju. Oleh itu, sebagai peminat Muay, kamu diluar sana juga boleh memberi sumbangan. Kehadiran kamu boleh menukar atmosfera Muay di Malaysia.

Memang puas hati dan sangat yang sangat terbaik!!!

Melihat libasan ke pangkal peha oleh para Nakk Muay, 7 keturunan pun perit lebam libasan ekor pari itu tidak hilang. Apa pun, secara peribadi gua sangat berpuas hati. Kepada peminat diluar sana, ingin mengetahui lebih lanjut segala aktiviti Muay di Malaysia, sila layari blog rasmi BoxxTomoi yang terdapat di ruangan blog gua. Ada je kat sebelah tu!

9 comments:

BoxxTomoi said...

joe .. hilight-lah kau pergi sebagai crew boxxtomoi.blogspot ... tapi dalam bahasa yang kasar sikit buruh paksa!!
Tak sempat bual panjang.. join aku on our weekly teh tarik session .. minggu depan. aku bagi tahu. Footage kau nak kena bagi kat Tengku Mahkota Kelantan.. bangga tak ? Kau boleh taruh dalam resume he,he !

Joe Moktar said...

xpe bro, sy pon rushing gak ari tu..pape nnt kte bole share cter, sharing is caring bang..hahaha..Tengku Mahkota Tempah ehh ari tu?hohoho..pape roger sy bang..kte lepak2

Ternakan ikan keli said...

salam berkenalan mlm itu...
malam perlawanan yang hebat,tak sangka macam dalam sauna*&^%$#
gua cameraman malam itu.

Joe Moktar said...

azizancm: haha, mcm sauna kan..xpelh,yg penting malam tu hebat..salam perkenalan bro!!!

emi riquelmi said...

Zul,url baru aku..http://itellula.blogspot.com/

Junaidi Asmara said...

zul, bila nak ajar gua pulak?

Adexx Boxx said...

good job...

a very damn good job..adex sangat bangga la...

Anonymous said...

Mohd Faizul lak bile nk berentap?

Joe Moktar said...

emi: apecer bro?sudah tukar ka?xpa nnt wa link blk

boy: wa xleh ngajar lg la boy sbb wa pon masih blajar..hahaha

adex: adex mmg kne bangga la..sbb adex sgt komited n u shud appreciate ur hard work n passion..TERBAIKLAH!!!

FAREEZ: faizul dh cacat ckit so xleh berentap la fareez..if sape2 sudi sponsor n bg masa utk mohd faizul fit balik bole kot!!hehehe